Keterlibatan dan kompetensi kaunseling multibudaya guru bimbangan dan kauseling sekolah terhadap murid berkeperluan khas

Norafifah Bali and Mohamad Hashim Othman (2017) Keterlibatan dan kompetensi kaunseling multibudaya guru bimbangan dan kauseling sekolah terhadap murid berkeperluan khas. Asian Social Work Journal (ASWJ), 2. pp. 44-52. ISSN 0128-1577

[img] Text
Keterlibatan dan kompetensi kaunseling multibudaya guru bimbangan dan kauseling sekolah terhadap murid berkeperluan khas.pdf
Restricted to Registered users only

Download (368kB) | Request a copy
[img] Text
Keterlibatan dan kompetensi kaunseling multibudaya guru bimbangan dan kauseling sekolah terhadap murid berkeperluan khas _ABSTRACT.pdf

Download (58kB)

Abstract

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah yang terlibat dalam Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif menghadapi cabaran unik. Cabaran unik ini adalah disebabkan oleh tanggungjawab mereka untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada dua kumpulan klien, yakni pelajar aliran perdana dan Murid Berkeperluan Khas. Kajian lepas mendapati Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah kurang terlibat dalam memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap Murid Berkeperluan Khas dan dicatatkan kompetensi kaunseling terhadap Murid Berkeperluan Khas adalah berada pada tahap rendah sehingga sederhana. Oleh itu, kajian lanjut mengenai keterlibatan dan kompetensi ini perlu dilaksanakan. Metodologi kajian kualitatif seperti Kajian Kes Pelbagai adalah reka bentuk kajian yang sesuai dilaksanakan untuk kajian ini. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang dicadangkan, iaitu temubual separa berstruktur dan analisis dokumen. Hasil kajian ini akan menyumbang kepada Model Kompetensi Kaunseling Multibudaya dalam seting Pendidikan Khas dan penambahbaikan panduan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling khususnya kepada Murid Berkeperluan Khas.

Item Type: Article
Keyword: Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling , Kompetensi kaunseling multibudaya , Ketidakupayaan , Murid berkeperluan khas , Guru bimbingan dan kaunseling sekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 21 Jul 2022 12:07
Last Modified: 21 Jul 2022 12:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33449

Actions (login required)

View Item View Item