Luahan nitrat di Sungai Telipok, Kota Kinabalu, Sabah

Sri Haryani Yahya (2005) Luahan nitrat di Sungai Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000467.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian di antara perhubungan luahan sungai, kepekatan nitrat, kadar luahan nitrat serta beban angkutan nitrat telah dijalankan. Empat stesen telah dipilih di sepanjang Sg. Telipok untuk kajian ini. Kaedah pembauran telah digunakan untuk mengukur luahan manakala kaedah piawai pula telah digunakan untuk menguji kepekatan nitrat di setiap stesen persampelan. Julat nilai kepekatan nitrat di Sungai Telipok sepanjang kajian dilakukan adalah 0.03 mgl�¹ hingga 0.35 mgl�¹. Nilai kepekatan ini adalah rendah daripada nilai piawai yang ditetapkan iaitu 10 mgl�¹. Hubungan di antara kadar luahan dengan kepekatan nitrat menunjukkan hubungan negatif dengan nilai korelasi R2 = 0.93. Punca kehadiran nitrat yang tinggi adalah disebabkan oleh aktiviti perbandaran, kawasan perumahan serta aktiviti pertanian dan penternakan yang dijalankan di sepanjang kawasan tadahan Sungai Telipok.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nitrate, Nitrate concentration, River pollution, Sungai Telipok, Menggatal, Sabah
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 25 Jan 2012 11:58
Last Modified: 23 Oct 2017 08:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3348

Actions (login required)

View Item View Item