Asmiaty Amat and Isa Romtie and Norhuda Salleh (2022) Tema pantun Cocos di Sabah. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 13 (1). pp. 33-46. ISSN 1823-6812
Text
Tema pantun Cocos di Sabah .pdf Download (38kB) |
|
Text
Tema pantun Cocos di Sabah 1.pdf Restricted to Registered users only Download (884kB) | Request a copy |
Abstract
Masyarakat Cocos di negeri Sabah merupakan etnik minoriti yang sangat unik dari segi kebudayaan dan bahasanya. Mereka digolongkan dalam kategori etnik bumiputera beragama Islam. Walaupun nama mereka berbunyi agak keinggerisan dan pakaian mereka ada percampuran bangsa Protugis dan Jawa, budaya danbahasa orang Cocos hampir sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu dan mereka juga arif dalam tradisi berpantun. Lenggok pengucapan mereka agak unik kerana ia seolah-olah ada gaya sebutan baba nyonya di Melaka. Kajian Pauline Bunce terhadap pantun orang Cocos di Pulau Cocos (Australia) mendapati bahawa pantun masyarakat Cocos hanya bertema kasih sayang dan hanya dilantunkan ketika tarian Selong dipersembahkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat tema pantun Cocos dengan melakukan kajian lapangan diKampung Balung Cocos danKampung Skim Cocos dalam daerah Tawau. Informan yang dipilih terdiri daripada orang Cocos yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang budaya dan pantun Cocos. Dapatan kajian dianalisis secara tematik untuk mangkategorikan tema-tema pantun. Kajian ini mendapati bahawa tema pantun orang Cocos mirip dengan pantun masyarakat Melayu di Nusantara. Perbezaannya hanya terletak pada cara pengucapan yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Pantun ini jugamemperlihatkan percampuran bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa pasar dan bahasa asingyang lain.Tema-tema yang ditemuiialahtema cinta dan kasih sayang, budi, mengaco (hiburan), mendongkol (kecewa) dan perpisahan, ajaran (nasihat), agama dan tema pantun kongajar (lucah).
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Masyarakat Cocos , Sabah , Tema pantun , Analisis tematik |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3512 Malaysian literature |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 22 Jul 2022 07:52 |
Last Modified: | 22 Jul 2022 07:52 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33496 |
Actions (login required)
View Item |