Nor Baya Abdullah (2005) Geometri dalam songket Terengganu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000479.pdf Download (6MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui lebih dekat serta mendalam penggunaan geometri dalam penghasilan songket Terengganu dan mengkaji perbezaan corak atau motif yang digunakan dalam tenunan songket oleh masyarakat Terengganu dan Kelantan. Didapati, prinsip-prinsip asas geometri seperti translasi, pantulan, pembesaran dan putaran sering digunakan dalam penghasilan corak yang digunakan dalam membuat songket Terengganu. Motif yang dihasilkan dalam songket Terengganu ini turut menggunakan unsur flora dan fauna yang biasanya terdapat di negeri Terengganu, sama seperti songket-songket yang berasal daripada negeri Kelantan. Apabila melakukan perbandingan, didapati songket Terengganu menggunakan corak yang disusun secara melintang, manakala songket Kelantan pula mengenakan corak yang disusun secara menegak. Motif yang digunakan dalam kain songket bagi kedua-dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu adalah berlainan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Geometry, Terengganu songket, Kelantan songket |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA440-699 Geometry. Trigonometry. Topology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 19 Jan 2012 13:23 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 08:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3361 |
Actions (login required)
View Item |