Hak asasi bukan Muslim di Malaysia: Analisis isu terpilih

Khairul Azhar Meerangani and Syamsul Azizul Marinsah and Muhamad Asyraf Ahmad Termimi and Muhammad Ikhlas Rosele and Rahimin Affandi Abdul Rahim (2013) Hak asasi bukan Muslim di Malaysia: Analisis isu terpilih. In: International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society 2013 (ISLAC 2013), 30 November - 1 December 2013, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

[img] Text
Hak asasi bukan Muslim di Malaysia_ Analisis isu terpilih.pdf
Restricted to Registered users only

Download (688kB)
[img] Text
Hak asasi bukan Muslim di Malaysia_ Analisis isu terpilih _ABSTRACT.pdf

Download (57kB)

Abstract

Persoalan hak asasi sering menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat terutamanya apabila menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama. Pelbagai persepsi dan pandangan yang ditonjolkan bagi menyampaikan konsep sebenar hak asasi berdasarkan kaca mata mereka sendiri. Di Malaysia, antara perkara hangat yang menjadi pertikaian antara masyarakat Muslim dan Bukan Muslim adalah sejauh mana kedudukan Islam sebagai agama dan pegangan rasmi mampu memenuhi keperluan hak asasi semua pihak. Maka, kajian ini akan menyoroti beberapa perbahasan prinsip Islam dalam menangani persoalan hak asasi manusia. Kajian ini juga akan menganalisis isu terpilih berhubung persoalan hak asasi semasa yang dibawa oleh COMANGO ke persidangan PBB menurut perspektif Islam. Hal ini bagi mengenal pasti sama ada isu hak asasi yang ditimbulkan oleh gabungan NGO ini bertepatan dengan peruntukan hak asasi yang ditawarkan oleh Islam atau sebaliknya. Hasil kajian mendapati persoalan yang ditimbulkan sesetengah pihak berhubung hak asasi dilihat lebih bersandarkan teori Barat tanpa mengambil kira asas yang telah ditetapkan oleh Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keyword: Hak asasi , Bukan Muslim , COMANGO , Masyarakat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
K Law > KBP Islamic law > KBP1-4860 Islamic law. Shariah. Fiqh
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 05 Aug 2022 08:40
Last Modified: 05 Aug 2022 08:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33629

Actions (login required)

View Item View Item