Junaidi Awang Besar and Mohd Fuad Mat Jali and Syahruddin Hj Awg Ahmad and Fauzie Sarjono and Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainor and Aajirah Hanim Abdul Halim and Mohd Syukri Zainuddin and Ahmad Aiman Noor Azman and Muhammad Yusuf Idris (2022) Geopolitik negeri Johor dan prestasi parti politik dalam Pilihan Raya Umum DUN Johor 2022. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 7. 01-22. ISSN 0128-1763
Text
Geopolitik negeri Johor dan prestasi parti politik dalam Pilihan Raya Umum DUN Johor 2022.ABSTRACT.pdf Download (77kB) |
|
Text
Geopolitik negeri Johor dan prestasi parti politik dalam pilihan raya umum DUN Johor 2022.pdf Restricted to Registered users only Download (708kB) | Request a copy |
Abstract
Politik Negeri Johor bergolak apabila Menteri Besar Johor bertindak menyerahkan warkah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kepada Baginda Sultan Johor yang mendapat perkenan Baginda pada 22 Januari 2022 untuk diadakan pilihan raya DUN baru bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Negeri yang stabil. Pilihan raya yang diadakan pada 12 Mac 2022 tersebut dianggap sebagai kontroversi kerana diadakan dalam keadaan penularan wabak pandemik COVID-19 yang belum pulih sebaiknya dan keadaan ekonomi rakyat yang tidak mengizinkan. Namun pilihan raya ini dapat dijadikan sebagai kayu ukur bagi prestasi parti politik menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang di samping merupakan pilihan raya pertama yang melibatkan undi-18. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis geopolitik Negeri Johor dan prestasi parti politik dalam Pilihan Raya Umum DUN Johor 2022. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Johor 2022, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan jumlah kerusi DUN yang memberangsangkan namun Perikatan Nasional (PN) turut memberi cabaran yang hebat terutamanya di kawasan majoriti pengundi etnik Melayu manakala Pakatan Harapan (PH) terus mendominasi kawasan bandar majoriti etnik Cina. Parti-parti politik lain sekadar memenuhi tuntutan demokrasi dan memeriahkan suasana kempen pilihan raya. Pilihan raya ini juga menyaksikan jumlah peratus keluar mengundi menurun kepada hanya 54.92 peratus. Justeru, pilihan raya ini masih belum dapat dijadikan indikator sokongan pengundi pada PRU-15 kerana peratus keluar mengundi yang rendah di samping isu besar yang boleh muncul secara tiba-tiba menuru PRU-15 nanti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Politik , Negeri Johor , Dewan Undangan Negeri , Parti Politik, Kerajaan Negeri |
Subjects: | J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 02 Aug 2022 12:09 |
Last Modified: | 02 Aug 2022 12:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33631 |
Actions (login required)
View Item |