Konsep penuaan aktif di Malaysia: Satu penelitian awal

Chai Ai Jing and Harifah Mohd Noor (2022) Konsep penuaan aktif di Malaysia: Satu penelitian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 1-29. ISSN 2504-8562

[img] Text
Konsep penuaan aktif di Malaysia, Satu penelitian awal.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Konsep penuaan aktif di Malaysia, satu penelitian awal.pdf
Restricted to Registered users only

Download (570kB) | Request a copy

Abstract

Penuaan aktif adalah satu proses dimana mengoptimumkan peluang dalam mengakses kepada kesihatan, penglibatan diri dan keselamatan bagi meningkatkan kualiti hidup warga emas Penuaan aktif berlaku dalam seseorang individu atau sekumpulan penduduk yang menunjukkan potensi mereka dalam fizikal, sosial dan kesejahteraan mental. Mereka masih berupaya untuk melibatkan diri dalam komuniti setempat mengikut keperluan, keinginan, dan kepakaran mereka. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui aspek-aspek yang mempengaruhi penuaan aktif dalam kalangan warga emas akibat daripada peningkatan populasi warga emas dalam konteks Malaysia. Kajian ini meneliti sebanyak 12 buah artikel yang telah dipilih daripada pangkalan data Scopus, Science Direct, Google Scholar dan Academia yang diterbitkan antara tahun 2010 hingga 2021. Sorotan kajian berdasarkan ciri-ciri inclusion dan exclusion yang berpandukan skop kajian yang telah ditetapkan. Kajian ini terdapat tiga tema utama iaitu: (1) aspek yang mempengaruhi penuaan aktif; (2) perancangan polisi dan dasar kerajaan dalam mencapai penuaan aktif untuk mencapai kesejahteraan hidup dan; (3) cabaran dalam pencapaian penuaan aktif. Kesimpulannya, tinjauan bahan literatur ini dapat dijadikan bahan rujukan empirikal kepada perancang polisi dan penyelidik akan datang. Ini dapat membuka mata pihak berkepentingan dengan konsep penuaan aktif bagi membantu warga emas mengekalkan keaktifan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Active-ageing , The elderly , Government policy , Active Well-being
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ1060-1064 Aged. Gerontology (Social aspects). Retirement
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Aug 2022 16:57
Last Modified: 09 Aug 2022 16:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33691

Actions (login required)

View Item View Item