Kepesatan pembangunan ekonomi dan dasar tenaga kerja di Sabah, 1960-an – 1980-an

Ramli Dollah and Kamarulnizam Abdullah (2017) Kepesatan pembangunan ekonomi dan dasar tenaga kerja di Sabah, 1960-an – 1980-an. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 25. pp. 49-74. ISSN 1511-1989

[img] Text
Kepesatan pembangunan ekonomi dan dasar tenaga kerja di Sabah, 1960-an – 1980-an.ABSTRACT.pdf

Download (56kB)
[img] Text
Kepesatan Pembangunan Ekonomi dan Dasar Tenaga Kerjadi Sabah, 1960-an – 1980-an.pdf
Restricted to Registered users only

Download (416kB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan ekonomi negeri yang pesat menyebabkan sektor ekonomi negeri Sabah bergantung kepada tenaga kerja asing dari negara Indonesia dan Filipina yang majoritinya bekerja secara tidak sah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan Negeri sejak awal lagi telah berusaha untuk mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing tanpa izin dengan mengambil beberapa inisiatif awal mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negeri ini. Makalah ini melihat kepesatan pembangunan ekonomi negeri Sabah serta usaha-usaha yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pihak swasta di negeri ini untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja pada awal kemerdekaan sehinggalah tahun 1980-an. Dua inisiatif utama dibincangkan, iaitu penubuhan Lembaga Kumpulan Wang Perpindahan tahun 1960-an dan penubuhan Sabah Immigrant Manpower Center 1980-an. Kedua- dua inisiatif menangani kekurangan tenaga kerja ini gagal mencapai matlamat. Keadaan ini menyebabkan cara terbaik menangani masalah kekurangan tenaga kerja dengan mendapatkan pekerja asing dari negara jiran terutamanya Indonesia dan Filipina yang majoritinya bekerja di negeri ini secara tidak sah. Trend kebergantungan kepada pekerja asing tanpa izin akhirnya menjadi elemen utama pembangunan ekonomi negeri Sabah pada hari ini.

Item Type: Article
Keyword: Sabah , Ekonomi , Kekurangan tenaga kerja , Pekerja asing , Dasar
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5701-6000.9 Labor market. Labor supply. Labor demand Including unemployment, manpower policy, occupational training, employment agencies
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 08:21
Last Modified: 11 Aug 2022 08:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33698

Actions (login required)

View Item View Item