A. Rahman Tang Abdullah and Mohd Sohaimi Esa and Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainoor (2017) Aspek perburuhan dan permodalan dalam ekonomi Melayu: Persoalan dominasi ekonomi komuniti imigran zaman permulaan kapitalisme. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 26. pp. 123-151. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)
Text
Aspek perburuhan dan permodalan dalam ekonomi Melayu, Persoalan dominasi ekonomi komuniti imigran zaman permulaan kapitalisme.ABSTRACT.pdf Download (54kB) |
|
Text
Aspek Perburuhan dan Permodalan dalam Ekonomi Melayu, Persoalan Dominasi Ekonomi Komuniti Imigran Zaman Permulaan Kapitalisme.pdf Restricted to Registered users only Download (319kB) | Request a copy |
Abstract
Dalam konteks Malaysia, isu yang sering dikaitkan dengan impak negatif kapitalisme ialah dominasi ekonomi oleh komuniti bukan Melayu yang menyebabkan ekonomi masyarakat Melayu jauh ketinggalan. Pandangan ini dikaitkan dengan legasi penjajahan yang merujuk kepada kedatangan kapitalisme di Tanah Melayu pada pertengahan kedua abad ke-19. Fenomena ini dilihat sebagai fakta penting yang membawa kepada dominasi ekonomi komuniti imigran terutama sekali kaum Cina di Tanah Melayu. Tujuan makalah ini ditulis adalah untuk memaparkan sudut pandang sejarah bahawa dominasi ekonomi oleh komuniti imigran ini bukanlah semata-mata kerana peluang ekonomi yang diberikan kepada mereka oleh pihak pemerintah Kolonial. Malahan, pendekatan yang sama telah dilaksanakan oleh pemerintah Melayu sebelumnya yang banyak memberikan peluang ekonomi kepada komuniti imigran Cina dan Arab dalam bentuk konsesi dan perkongsian modal sehingga mewujudkan apa yang didakwa sebagai ‘dominasi ekonomi’ oleh komuniti imigran. Kejayaan mereka ini sebenarnya disebabkan penglibatan dengan ekonomi berasaskan wang yang dikaitkan dengan merkantalisme yang mendahului zaman kapitalisme. Sebaliknya, ekonomi berasaskan wang dalam kalangan masyarakat Melayu pada era kapitalisme masih marginal. Justeru, masyarakat Melayu masih sulit menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi hasil daripada pengamalan sistem ekonomi Kapitalisme.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Perburuhan , Permodalan , Ekonomi Melayu , Komuniti imigran , Kapitalisme |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Aug 2022 08:30 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 08:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33701 |
Actions (login required)
View Item |