Peranan guru cemerlang Malaysia di sekolah

Khaliza Saidin and Mohd Hasani Dali and Abdul Said Ambotang (2016) Peranan guru cemerlang Malaysia di sekolah. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 24. pp. 161-177. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Peranan guru cemerlang Malaysia di sekolah.ABSTRACT.pdf

Download (54kB)
[img] Text
Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (282kB) | Request a copy

Abstract

Guru Cemerlang Malaysia (GC) merupakan satu skim kenaikan pangkat bagi guru-guru yang menunjukkan kecemerlangan dengan mengekalkan mereka di bilik darjah tanpa kehilangan mereka sebagai pentadbir sekolah. GC ialah seseorang guru yang dikategorikan sebagai cemerlang dalam bidang kepakaran dan memiliki ciri-ciri kecemerlangan yang boleh membantu kecemerlangan sekolah, rakan sebaya dan para murid. Kajian ini menyiasat peranan yang dimainkan oleh GC terhadap rakan sekerja. Kaedah temu bual bersemuka dilakukan yang melibatkan sepuluh orang GC di salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis dengan mengenal pasti tema dan kategori. Dapatan kajian mendapati bahawa GC yang terlibat telah memainkan peranan dari sudut perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran bidang, dari aspek profesional dan personal. Berdasarkan dapatan kajian, antara peranan yang dimainkan oleh peserta ialah seperti perkongsian kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan, menarik di dalam kelas, penggunaan dan pembinaan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang pelbagai. Peserta kajian juga melaporkan berperanan sebagai jurulatih dan permentoran seperti penulisan kertas kerja dan penganjuran bengkel-bengkel di sekolah. Kajian juga mendapati yang GC turut berperanan sebagai orang tengah dalam menyelesaikan isu dalam kalangan guru dan pentadbir dan orang rujukan bagi masalah peribadi yang dihadapi oleh guru di sekolah mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, disarankan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada Guru Cemerlang bagi menggalakkan mereka memainkan peranan sebagai Guru Cemerlang di sekolah.

Item Type: Article
Keyword: Guru cemerlang Malaysia , Skim kenaikan pangkat , Peranan guru cemerlang
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 08:34
Last Modified: 11 Aug 2022 08:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33703

Actions (login required)

View Item View Item