Mikorot dalam konteks kebudayaan etnik dusun di Sabah: Analisis dari perspektif hubungan etnik

Budi Anto Mohd Tamring (2018) Mikorot dalam konteks kebudayaan etnik dusun di Sabah: Analisis dari perspektif hubungan etnik. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 27. pp. 93-120. ISSN 1511-1989

[img] Text
Mikorot dalam konteks kebudayaan etnik dusun di Sabah, Analisis dari perspektif hubungan etnik .ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Mikorot dalam konteks kebudayaan etnik dusun di Sabah, analisis dari perspektif hubungan etnik.pdf
Restricted to Registered users only

Download (890kB) | Request a copy

Abstract

Kebanyakan negara di dunia yang mempunyai komposisi etnik yang pelbagai sering kali berhadapan dengan situasi ketegangan etnik, isu kuasa politik etnik, persaingan etnik, malah ada yang memuncak dengan konflik fizikal yang lebih radikal sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu etnik sentiasa mewarnai hubungan antara masyarakat dan keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan hubungan antara etnik di Malaysia akan terus kekal harmoni sehingga kini. Usaha tersebut dilaksanakan melalui pelbagai program dan turut diterjemahkan dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Menariknya, usaha kerajaan dalam memastikan hubungan etnik sentiasa harmoni bukanlah perkara yang baharu dan menghairankan dalam masyarakat Dusun di Sabah. Amalan cara hidup dan sikap toleransi yang tinggi dalam komuniti ini sudah berakar umbi sejak sekian lama. Salah satu amalan yang menunjukkan sikap keterbukaan mereka yang tinggi terhadap perbezaan etnik dan agama ialah amalan mikorot. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan makna dan konsep mikorot dalam budaya masyarakat Dusun, menjelaskan ritual pelaksanaan mikorot dan yang terakhir mengetahui implikasi mikorot dan cabarannya dalam masyarakat. Hasil kajian yang diperoleh melalui kaedah kualitatif menggunakan temu bual mendapati mikorot adalah satu upacara yang dilaksanakan oleh etnik Dusun di Sabah sebagai cara untuk mengesahkan nilai kekeluargaan mereka terhadap individu yang bukan ahli keluarga mereka tanpa melibatkan perkahwinan atau hubungan biologi. Selain itu, amalan mikorot ini juga berjaya memupuk hubungan yang harmoni antara etnik Dusun dengan etnik Dusun yang lain dan antara etnik Dusun dengan masyarakat lain di negeri Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Mikorot , Korot , Toleransi etnik , Hubungan etnik
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN301-674 Ethnology. Social and cultural anthropology > GN537-674 Ethnic groups and races
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 10:56
Last Modified: 11 Aug 2022 10:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33712

Actions (login required)

View Item View Item