Kesejahteraan, kepuasan dan keberkesanan hidup komuniti Pulau Sapanggar: Perspektif komuniti pulau

Chua Bee Seok and Getrude Cosmas and Saidatul Nornis Hj. Mahali (2018) Kesejahteraan, kepuasan dan keberkesanan hidup komuniti Pulau Sapanggar: Perspektif komuniti pulau. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 27. pp. 47-72. ISSN 1511-1989

[img] Text
Kesejahteraan, kepuasan dan keberkesanan hidup komuniti pulau Sapanggar, Perspektif komuniti pulau.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Kesejahteraan, kepuasan dan keberkesanan hidup komuniti pulau Sapanggar, Perspektif komuniti pulau.pdf
Restricted to Registered users only

Download (420kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami indeks kesejahteraan, kepuasan dan keberkesanan hidup komuniti yang tinggal di Pulau Sapanggar. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan pemboleh ubah ini mengikut faktor demografik, iaitu jantina, generasi/umur dan status perkahwinan responden kajian. Seramai 124 orang penduduk Pulau Sapanggar yang dipilih secara rawak telah terlibat dalam kajian ini. Indeks Kesejahteraan WHO-5 (The WHO-5 Well-being Index), The Satisfaction with Life Scale (SWLS) dan The Life Effectiveness Questionnaire digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan indeks kesejahteraan dan kepuasan hidup komuniti Pulau Sapanggar terletak pada tahap sederhana dan tinggi. Tahap keberkesanan hidup dilaporkan adalah tinggi dalam semua dimensi kecuali bagi dimensi kawalan emosi. Bagi dimensi kawalan emosi paling ramai di antara responden melaporkan mempunyai keupayaan kawalan yang rendah jika dibandingkan dengan dimensi keberkesanan hidup lain. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa responden perempuan Pulau Sapanggar lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka berbanding dengan responden lelaki. Dari segi indeks kesejahteraan, laporan yang diberikan adalah tidak berbeza mengikut jantina, generasi/umur mahupun mengikut status perkahwinan responden. Bagi aspek keberkesanan hidup pula, didapati faktor umur dan status perkahwinan mempengaruhi responden dalam mempersepsikan keupayaan mereka, terutamanya bagi dimensi pengurusan masa, fleksibiliti kecerdasan, kepimpinan tugas dan inisiatif aktif.

Item Type: Article
Keyword: Indeks kesejahteraan hidup , Kepuasan hidup , Keberkesanan hidup , Kawalan hidup , Komuniti , Pulau Sapanggar
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
Department: CENTRE > Small Island Research Centre
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 10:57
Last Modified: 11 Aug 2022 10:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33713

Actions (login required)

View Item View Item