Cheng Jia Min and Low Kok On (2019) Asal usul, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak etnik Tombonuo. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 30. pp. 47-78. ISSN 1511-1989
Text
Asal usul, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian sumanggak etnik Tombonuo.ABSTRACT.pdf Download (54kB) |
|
Text
ASAL USUL, PENGOLAHAN DAN SIMBOL RAGAM GERAK TARIAN SUMANGGAK ETNIK TOMBONUO.pdf Restricted to Registered users only Download (763kB) | Request a copy |
Abstract
Tarian Sumanggak moden telah diolah oleh Suana Kabora berdasarkan pergerakan ritual muinsamung dan monginsamung etnik Tombonuo di daerah Pitas, Sabah pada tahun 1983. Fokus kajian ini tertumpu kepada aspek perubahan, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak moden. Bagi mengumpul data kajian, tiga siri kerja lapangan dijalankan di empat buah kampung di daerah Pitas. Kaedah temu bual, pemerhatian, rakaman video dan pengambilan gambar telah digunakan dalam kajian lapangan. Analisis secara interpretasi mendapati asal usul nama tarian Sumanggak diperoleh daripada perbuatan membuka gadur (bekas yang diperbuat daripada tembaga), yang dikenali sebagai adat Sumanggak. Persembahan tarian Sumanggak didapati mengalami perubahan dari zaman mengayau sehinggalah zaman kini. Tarian ini berasal daripada upacara muinsamung, yang dikendalikan semasa rombongan mengayau dalam perjalanan kembali ke kampung. Pada zaman pentadbiran British (akhir kurun ke-19), konsep persembahan tarian Sumanggak berubah kerana upacara muinsamung telah ditukar kepada upacara monginsamung. Oleh itu, aspek-aspek persembahan tarian Sumanggak seperti ragam gerak, kostum, alat muzik, dan prop mengalami perubahan dari segi fungsi dan pengolahan. Setiap ragam gerak didapati mempunyai simbol yang berkait rapat dengan ritual tradisional etnik Tombonuo.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Etnik Tombonuo , Tarian Sumanggak , Ritual , Aspek persembahan , Ragam gerak , Simbol |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1580-1799.4 Dancing |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Aug 2022 11:12 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 11:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33717 |
Actions (login required)
View Item |