Bahasa Tidung Pulau Sebatik: Satu tinjauan dini

Saidatul Nornis Hj. Mahali (2019) Bahasa Tidung Pulau Sebatik: Satu tinjauan dini. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 30. pp. 79-102. ISSN 1511-1989

[img] Text
Bahasa Tidung Pulau Sebatik, Satu tinjauan dini.ABSTRACT.pdf

Download (54kB)
[img] Text
BAHASA TIDUNG PULAU SEBATIK, SATU TINJAUAN DINI.pdf
Restricted to Registered users only

Download (452kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa Tidung merupakan salah satu bahasa yang dituturkan di Sabah. Memandangkan belum ada sebarang tulisan yang memerihalkan bahasa Tidung Sabah, maka perbincangan dalam makalah ini hanya akan memfokuskan tentang inventori fonem dan leksikal asas bahasa Tidung. Data bahasa Tidung dalam perbincangan ini merupakan hasil kerja lapangan di Pulau Sebatik, Tawau. Pulau Sebatik boleh dihubungi dari jeti di Bandar Tawau ke jeti di Kampung Bergosong dengan masa perjalanan sekitar 15 ke 20 minit. Pulau ini didominasi oleh orang-orang Bugis, Tidung dan Bajau yang menjadikan laut sebagai salah satu sumber kehidupan mereka. Perbincangan dalam makalah ini merupakan hasil kerja lapangan di Pulau Sebatik yang menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian ikut serta. Seramai 20 orang informan telah ditemu bual untuk mendapatkan gambaran umum tentang bahasa Tidung di pulau itu. Namun, hanya dua orang responden khusus ditemu bual untuk mendapatkan data asas bahasa Tidung. Kedua-dua responden itu dipilih kerana mereka berusia lanjut, tidak bekerja di luar pulau, suri rumah serta hanya menerima pendidikan asas pada zaman British sahaja. Justeru, mereka sesuai dijadikan sebagai responden bahasa Tidung. Hasil analisis data yang sangat asas itu, maka dapat dirumuskan bahawa bahasa Tidung mempunyai ikatan erat dengan bahasa-bahasa di bawah rumpun Murutik dan Dusunik. Namun, kajian lanjutan perlu dilakukan agar semua aspek linguistik bahasa ini dapat dipaparkan kepada khalayak penutur bahasa di Malaysia. Makalah ini diharap dapat dijadikan sebagai catatan dan dokumentasi awal tentang bahasa masyarakat ini.

Item Type: Article
Keyword: Bahasa Tidung , Orang Tidung , Pulau Sebatik , Inventori fonem , Perbandingan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Department: CENTRE > Small Island Research Centre
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 11:15
Last Modified: 11 Aug 2022 11:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33719

Actions (login required)

View Item View Item