Pengaraban nama Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu: Satu analisis kesalahan Bahasa

Asiah Abas and Noor Fadilah Dawi (2019) Pengaraban nama Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu: Satu analisis kesalahan Bahasa. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 30. pp. 169-188. ISSN 1511-1989

[img] Text
Pengaraban nama Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu, Satu analisis kesalahan Bahasa.ABSTRACT.pdf

Download (54kB)
[img] Text
Pengaraban nama Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu, Satu analisis kesalahan bahasa.pdf
Restricted to Registered users only

Download (489kB) | Request a copy

Abstract

Nama melambangkan identiti bagi seseorang yang dapat menggambarkan tradisi, agama, sejarah dan budaya masyarakat tertentu. Timbul persepsi dengan tekaan yang pelbagai apabila kita mendengar nama individu buat pertama kalinya. Identiti keislaman misalnya akan tergambar dalam pemikiran secara tidak langsung ketika mendengar nama yang dipinjam daripada bahasa Arab dan realitinya masyarakat Melayu kini lebih cenderung dengan nama yang dipinjam daripada bahasa Arab berbanding nama Melayu yang sinonim digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Budaya ini merupakan satu perkembangan yang positif dalam masyarakat Melayu kerana menonjolkan imej Islam dan jati diri serta kesantunan masyarakat Melayu itu sendiri. Namun demikian, pemberian nama Arab tanpa asas atau pemahaman bahasa Arab yang betul boleh membawa kepada kesalahan tatabahasa, sekali gus memberikan maksud yang tidak tepat. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menganalisis kesalahan penggunaan nama Arab dalam kalangan masyarakat Melayu menggunakan kaedah kualitatif, manakala teori analisis kesalahan dijadikan sebagai panduan dalam menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesalahan fonetik dan fonologi, semantik, morfologi dan sintaksis dalam penggunaan nama Arab. Kesalahan semantik merupakan kesalahan yang paling ketara, diikuti kesalahan fonetik dan fonologi, seterusnya kesalahan sintaksis dan yang terakhir kesalahan morfologi. Oleh hal yang demikian, dicadangkan agar pemilihan nama Arab dilakukan berdasarkan pemahaman bahasa Arab dan tidak dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya bergantung pada maklumat atau terjemahan di laman sesawang.

Item Type: Article
Keyword: Penggunaan nama Arab , Masyarakat Melayu , Nama Melayu , Analisis kesalahan , Bahasa Arab
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 11:16
Last Modified: 11 Aug 2022 11:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33720

Actions (login required)

View Item View Item