Ramli Dollah and Eko Prayitno Joko and Amrullah Maraining and Nordin Sakke (2018) Nota editor jemputan: Politik negeri Sabah khususnya, sebelum dan pasca PRU-14. Jurnal Kinabalu. pp. 1-17. ISSN 2600-867X
Text
Nota editor jemputan.ABSTRACT.pdf Download (56kB) |
|
Text
Nota editor jemputan.pdf Restricted to Registered users only Download (278kB) | Request a copy |
Abstract
Kedudukan Sabah sebagai negeri ke-13 dalam Malaysia bukan sahaja semakin berkembang pesat dari aspek pembangunan fizikal, tetapi juga mencakupi persoalan bukan fizikal. Maka, Sabah sering kali mendapat perhatian sebagai sebuah negeri yang sedang bergelut untuk keluar daripada senarai negeri termiskin di Malaysia dan mendapat desakan untuk membantu dalam pembentukan “politik baharu” yang bercirikan nilai keadilan dan kesamaan. Dua aspek tersebut kemudiannya mengiringi perkembangan wacana baharu berkenaan Sabah yang sememangnya diakui kaya dengan hasil bumi dan mempunyai pengalaman besar dalam membentuk kedinamikan politiknya yang tersendiri sejak merdeka melalui Malaysia. Hakikat ini terbukti apabila Sabah pernah menyumbangkan nilai GDP terbesar kepada Negara, manakala pertukaran kerajaan adalah amalan biasa yang dilakukan oleh masyarakatnya sejak tahun 1975. Namun, keadaan ini tidak berlanjutan apabila politik Sabah mengalami “kelesuan” dengan berakhirnya era pentadbiran parti lokal menyebabkan laungan reformasi di Semenanjung Tanah Melayu tidak memberikan impak yang jelas kepada negeri Sabah. Keadaan yang sama ditunjukkan semasa PRU-13 yang disinonimkan dengan istilah “tsunami politik”. Melayu bukan sahaja gagal menerobos masuk dalam kalangan pengundi di Sabah, sebaliknya negeri ini terus menjadi “benteng terakhir” kepada Barisan Nasional (BN) untuk kekal menakluki Putrajaya (Zaini et al., 2016).
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | GE14 , Malaysia , Sabah , Ethnic , Politics , Parti Warisan , Pakatan Harapan , Barisan Nasional |
Subjects: | J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Aug 2022 15:36 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 15:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33738 |
Actions (login required)
View Item |