Bugis di Sabah dan PRU-14: Kajian kes Parlimen Kalabakan

Amrullah Maraining and Zaini Othman and Eko Prayitno Joko and Saat Awang Damit (2018) Bugis di Sabah dan PRU-14: Kajian kes Parlimen Kalabakan. Jurnal Kinabalu. pp. 19-46. ISSN 2600-867X

[img] Text
Bugis di Sabah dan pru-14, Kajian kes parlimen kalabakan.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
BUGIS DI SABAH DAN PRU-14, KAJIAN KES PARLIMEN KALABAKAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (445kB) | Request a copy

Abstract

Dalam konteks Malaysia, umumnya persoalan politik berbaur keetnikan sering kali berfokus kepada Melayu, Cina dan India. Hal ini barang kali dipengaruhi oleh latar belakang sejarah negara terkait dengan pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang diperoleh hasil daripada kesepakatan bersama ketiga-tiga etnik ini di bawah payung Parti Perikatan. Kesepakatan bersama etnik ini berterusan sehinggalah Sabah dan Sarawak bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Hakikat sejarah yang menyaksikan perkongsian beberapa peristiwa besar negara inilah yang adakalanya dari sisi lain membuatkan dimensi pemikiran kelompok akademik mahupun bukan akademik menjadi sempit dan terkongkong sifatnya. Natijahnya, dimensi kajian politik negara khususnya yang berkenaan politik etnik sering kali dihujani penulisan dengan memfokuskan Melayu, Cina dan India sebagai subjek kajian khususnya menjelang pilihan raya umum. Agak jarang diketengahkan etnik lain khususnya di Sabah dan Sarawak yang sebenarnya juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menentukan hala tuju politik negara. Salah satunya adalah komuniti Bugis di pantai timur Sabah yang sungguhpun berdasarkan latar sejarah Sabah keterlibatannya dalam arena politik negeri Sabah khususnya bagi Parlimen Kalabakan menjelang PRU-14 adalah jelas, namun jarang sekali dijadikan subjek kajian dan sering kali dikebelakangkan. Menyedari kekurangan tersebut, maka makalah ini hadir untuk mengetengahkan peranan dan keberadaan komuniti Bugis di Sabah khususnya dalam konteks politik Sabah khasnya di pantai timur. Dalam memahami realiti ini, metode yang digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data adalah menerusi temu bual secara langsung dengan responden yang terlibat, yang terdiri daripada pimpinan politik di barisan kerajaan mahupun pembangkang.

Item Type: Article
Keyword: Politik Bugis , Kalabakan , Tawau , Sabah , PRU-14
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 15:38
Last Modified: 11 Aug 2022 15:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33739

Actions (login required)

View Item View Item