Impak aktiviti pembangunan terhadap trend kekerapan dan magnitud banjir di lembangan sungai Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah

Adi Jafar and Mohammad Tahir Mapa and Nordin Sakke (2016) Impak aktiviti pembangunan terhadap trend kekerapan dan magnitud banjir di lembangan sungai Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 18. pp. 97-116. ISSN 2600-867X

[img] Text
Impak aktiviti pembangunan terhadap trend kekerapan dan magnitud banjir di lembangan sungai menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Impak aktiviti pembangunan terhadap trend kekerapan dan magnitud banjir di lembangan sungai menggatal, kota kinabalu, sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (478kB) | Request a copy

Abstract

Punca kejadian banjir di sesebuah lembangan saliran adalah disebabkan oleh ketidakupayaan alur sungai untuk menampung pertambahan input luahan yang berterusan pada satu-satu masa. Kejadian seperti ini terhasil apabila berlaku perubahan guna tanah akibat peningkatan kegiatan pembangunan yang pesat di sesuatu kawasan. Lembangan Sungai Menggatal adalah antara lembangan sungai yang tidak terlepas daripada proses perubahan guna tanah. Aktiviti pembangunan di lembangan tersebut giat dijalankan sejak tahun 2000 hingga kini. Implikasi daripada kegiatan ini boleh mengakibatkan berlakunya peningkatan fenomena banjir kilat. Hal ini disebabkan aktiviti pembangunan telah mengakibatkan perubahan ciri-ciri guna tanah yang secara tidak langsung telah mengganggu sistem hidrologi lembangan tersebut. Oleh itu, dua objektif kajian telah disasarkan, iaitu mengenal pasti kesan aktiviti pembangunan terhadap kejadian banjir di Lembangan Sungai Menggatal dan mengenal pasti langkah mitigasi yang telah dilaksanakan berdasarkan tempoh masa penggunaannya. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, beberapa jenis kaedah kajian telah digunakan. Kaedah tersebut merangkumi kerja lapangan, pemerhatian, kaedah tinjauan, analisis GIS dan analisis rational method. Hasil analisis GIS menunjukkan wujudnya perubahan jenis guna tanah hutan kepada jenis guna tanah bukan hutan seperti guna tanah bandar dan kawasan terbuka. Dapatan ini adalah berdasarkan kajian perbandingan dalam tempoh sepuluh tahun (1998 – 2008). Didapati perubahan tersebut telah menyebabkan berlakunya peningkatan pada tepu bina lembangan, penyahutanan, hakisan dan pemendapan. Selain itu, hasil kajian yang diperoleh daripada kaedah tinjauan mendapati terdapat sembilan jenis kaedah mitigasi banjir telah dijalankan. Lima daripadanya adalah pengurusan oleh kerajaan, sementara selebihnya adalah daripada penduduk kampung.

Item Type: Article
Keyword: Pembangunan , Perubahan guna tanah , Mitigasi banjir , Banjir
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB651-2998 Hydrology. Water > GB980-2998 Ground and surface waters > GB1201-1598 Rivers. Stream measurements
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD72-88 Economic growth, development, planning
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Aug 2022 08:31
Last Modified: 15 Aug 2022 08:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33748

Actions (login required)

View Item View Item