Keselamatan societal dan isu kalimah Allah di Malaysia

Dgku Siti Noraini Pg Alli Rahman and Ramli Dollah and Diana Peters (2019) Keselamatan societal dan isu kalimah Allah di Malaysia. Jurnal Kinabalu, 25. pp. 47-69. ISSN 2600-867X

[img] Text
Keselamatan societal dan isu kalimah Allah di Malaysia.ABSTRACT.pdf

Download (87kB)
[img] Text
Keselamatan Societal Dan Isu Kalimah Allah Di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (345kB) | Request a copy

Abstract

Sejak Perang Dingin tamat, kajian keselamatan mengalami perubahan apabila ia tidak lagi menumpukan kajian keselamatan tradisional semata-mata, tetapi turut memasukkan isu-isu keselamatan bukan tradisional. Perubahan ini selari dengan debat dan proses broadening dan deepening yang berlaku dalam kalangan sarjana kajian keselamatan, iaitu fokus keselamatan tidak hanya tertumpu kepada negara semata-mata. Oleh itu, istilah keselamatan sentiasa menjadi isu perdebatan para sarjana keselamatan yang mana melibatkan persoalan bagaimana memahami konsep keselamatan. Dalam hal ini, kemunculan konsep keselamatan societal yang menjelaskan bagaimana identiti sesuatu kumpulan masyarakat menjadi isu keselamatan. Dalam hal ini, kajian ini membincangkan konsep keselamatan societal dengan melihat bagaimana isu kalimah Allah yang merujuk kepada ‘Tuhan’ telah menjadi perebutan di antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia dan telah menjadi isu keselamatan. Kedua-dua kumpulan menyatakan bahawa mereka mempunyai hak menggunakan kalimah tersebut. Walau bagaimanapun, untuk tujuan perbincangan, artikel hanya memfokuskan perbincangan kepada respons dan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu-Islam dalam mempertahankan hak eksklusif mereka untuk menggunakan kalimah Allah.

Item Type: Article
Keyword: Keselamatan , Keselamatan societal , Islam , Kristian , Kalimah Allah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Aug 2022 09:43
Last Modified: 16 Aug 2022 09:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33790

Actions (login required)

View Item View Item