Ikonografi motif pada senjata tradisional Gayang etnik Bajau Sama di Kota Belud

Mohd Farit Azamuddin Musa and Humin Jusilin (2018) Ikonografi motif pada senjata tradisional Gayang etnik Bajau Sama di Kota Belud. Jurnal Kinabalu, 24. pp. 164-175. ISSN 2600-867X

[img] Text
Ikonografi motif pada senjata tradisional Gayang etnik Bajau Sama di Kota Belud.ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
IKONOGRAFI MOTIF PADA SENJATA TRADISIONAL GAYANG.pdf
Restricted to Registered users only

Download (686kB) | Request a copy

Abstract

Etnik Bajau merupakan etnik kedua terbesar di Kota Belud. DI daerah ini, sebahagian petaninya menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi kaum lelaki, senjata amat penting dalam kehidupan seharian kerana kegunaannya sebagai alat untuk memburu, bercucuk tanam dan utiliti harian. Jenis senjata yang dihasilkan ialah pida’ (parang pendek), guk (parang), lading (pisau), keris, kagayan (parang panjang), beladau (parang jenis sabit) dan gayang (pedang). Fungsi pida’, guk beladau dan lading lazimnya digunakan untuk aktiviti harian seperti bercucuk tanam dan memburu. Karis, kagayan, dan gayang pula digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Setiap senjata memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Walaupun begitu, setiap senjata yang ditempa boleh dimanipulasi sebagai senjata untuk melindungi diri daripada ancaman bahaya terutamanya daripada haiwan buas dan berbisa. Pelbagai jenis motif dan hiasan pada senjata melalui olahan idea yang diambil daripada persekitaran mereka. Tujuan kajian ini dihasilkan adalah untuk meneliti bentuk dan motif pada senjata tradisional dari segi visual dan istilahnya. Kajian lapangan (fieldwork) dijalankan di daerah Kota Belud khususnya di Kampung Siasai Jaya, Kampung Siasai Dundau, Kampung Siasai Kumpang, dan Kampung Tengkurus. Data yang diperolehi adalah berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi indikator teori ikonografi daripada Panofsky (1939). Penelitian tentang data kajian melalui tiga peringkat iaitu identifikasi, analisis formalistik dan interpretasi makna. Motif yang dikenal pasti terbahagi kepada dua kategori iaitu bersifat organik dan geometri yang merangkumi motif flora, fauna, dan alam sekitar. Pengkaji juga melakukan pengesahan data bersama beberapa informan. Langkah ini bertujuan agar bentuk dan motif serta makna dalam nilai budaya etnik ini betul dan selaras dengan maklumat yang telah diberikan.

Item Type: Article
Keyword: Ikonografi , Motif , Senjata tradisional , Kepercayaan , Nilai budaya
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK3600-(9990) Other arts and art industries > NK9600-9955 Woodwork
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Aug 2022 09:45
Last Modified: 16 Aug 2022 09:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33792

Actions (login required)

View Item View Item