Air tidak berhasil (NRW): Cabaran ke atas sekuriti bekalan air di Sabah, Malaysia

Nordin Sakke and Adi Jafar and Amirah Abdin (2020) Air tidak berhasil (NRW): Cabaran ke atas sekuriti bekalan air di Sabah, Malaysia. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 295-316. ISSN 2600-867X

[img] Text
Air tidak berhasil (NRW), Cabaran ke atas sekuriti bekalan air di Sabah, Malaysia.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Air tidak berhasil (NRW), Cabaran ke atas sekuriti bekalan air di Sabah, Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Air Tidak Berhasil (NRW) adalah isu serius dan boleh mengancam sekuriti air di Sabah. Isu ini bukan sahaja dialami oleh Sabah tetapi juga di peringkat dunia. Ia merupakan petunjuk kepada ketidakcekapan pemain-pemain dalam industri air terawat untuk diagihkan kepada golongan sasar secara sah. Walaupun terdapat komitmen untuk melaksanakan pengurangan NRW kekurangan bajet dan keadaan paip yang telah usang menjadi cabaran dan halangan utama. Kebocoran paip, kecurian air dan meter yang mengakibatkan kadar NRW di Sabah kekal melebihi 50 peratus dan antara yang tertinggi di Malaysia. Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan tetapi impaknya adalah terlalu kecil di mana jumlah pengurangan tahunan NRW antara tahun 2005 hingga 2018 sekitar 0.35 peratus. Jumlah ini amat rendah dan ia telah membuka ruang kepada kehilangan pendapatan sehingga jutaan ringgit. Berdasarkan data rinci komponen bekalan air yang diperoleh daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JBANS), jumlah kerugian akibat NRW antara 2015 hingga 2017 sekitar RM657 juta. Jumlah ini agak besar dan kerugian ini boleh menyiapkan satu loji rawatan air yang baharu. Oleh itu, komitmen yang berterusan perlu disemai bukan setakat dalam kalangan pekerja JBANS, tetapi komuniti pengguna air dan juga penglibatan persekutuan untuk bantuan modal bagi menjayakan program pengurangan NRW. Sasaran 31 peratus masih jauh untuk digapai, tetapi sekiranya komitmen berterusan dapat dilaksanakan sudah pasti ancaman NRW terhadap keselamatan air dapat diminimumkan.

Item Type: Article
Keyword: Bekalan air terawat , Air tidak berhasil , Keselamatan air , Sabah
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Aug 2022 10:23
Last Modified: 16 Aug 2022 10:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33795

Actions (login required)

View Item View Item