Konsep Jihad Ulama Melayu-islam Dalam Kitab Jawi Terpilih: Satu Analisis

Rahimin Affandi Abd Rahim and Syamsul Azizul Marinsah and Ahmad Farid Abd Jalal (2022) Konsep Jihad Ulama Melayu-islam Dalam Kitab Jawi Terpilih: Satu Analisis. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 33. pp. 27-51. ISSN 2590-4086

[img] Text
Konsep Jihad Ulama Melayu-islam Dalam Kitab Jawi Terpilih.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Konsep Jihad Ulama Melayu-islam Dalam Kitab Jawi Terpilih1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (631kB)

Abstract

Sejarah Malaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan oleh pelbagai pihak dan gerakan. Namun begitu, perjuangan golongan ulama dalam membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan kurang didedahkan. Justeru, objektif kajian ini cuba menganalisis konsep jihad ulama Melayu-Islam yang terkandung dalam kitab Jawi terpilih. Hal ini perlu bagi membuktikan peranan ulama Melayu Islam dalam menyemarakkan semangat nasionalisme seperti yang terkandung dalam fakta sejarah karya-karya kitab Jawi tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, peranan ulama Melayu-Islam dalam kebangkitan menentang penjajah terbukti, khususnya Ashab Jawi. Fakta sejarah dalam kitab Jawi yang dipilih membuktikan hal ini walaupun peranan mereka sering ditenggelamkan oleh paparan sejarah tajaan British. Mereka menonjolkan tokoh feudal Melayu sebagai pejuang kemerdekaan terawal. Pandangan palsu ini wajib diperbetulkan demi menimbulkan kebenaran dan menunjukkan dimensi jihad ulama Melayu bercirikan semangat keagamaan dan nasionalisme.

Item Type: Article
Keyword: Jihad , Ulama Melayu , Kitab Jawi , Ashab Jawi , Tanah Melayu
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP182 Jihad (Holy War)
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Aug 2022 15:34
Last Modified: 16 Aug 2022 15:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33809

Actions (login required)

View Item View Item