Eko Prayitno Joko and Muhammad Helmy Abdul Gapar and Sharifah Nursyahidah Syed Annuar (2020) Pangrok sulap: Sedekad memetakan masa lalu, mengukirkan masa hadapan. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 317-354. ISSN 2600-867X
Text
Pangrok sulap, Sedekad memetakan masa lalu, mengukirkan masa hadapan.ABSTRACT.pdf Download (92kB) |
|
Text
Pangrok sulap, Sedekad memetakan masa lalu, mengukirkan masa hadapan.pdf Restricted to Registered users only Download (439kB) | Request a copy |
Abstract
Perjalanan sejarah Sabah dalam Malaysia telah berusia selama 57 tahun lamanya. Dalam tempoh tersebut, matlamat penubuhan Malaysia untuk menjadikan Sabah setanding dengan kemajuan di Tanah Melayu masih jauh daripada yang diharapkan. Hakikat ini dapat dilihat apabila kedudukan Sabah diletakkan sebagai antara negeri termiskin di Malaysia sedangkan negeri tersebut kaya dengan hasil buminya. Konsep “sama rasa, sama raya” yang pernah dikemukakan oleh Pak Sako di Tanah Melayu sepatutnya dipanjangkan matlamatnya sehingga ke Malaysia Timur agar kemajuan bersama dapat direalisasikan secepat mungkin. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, sudah pasti persoalan ‘penentangan’, ‘kritikan’ dan ‘kemarahan’ daripada rakyat Sabah tidak akan ‘mengisi’ laporan akhbar, karya seni mahupun medium bersuara lainnya. Malangnya, keinginan tersebut masih ‘tertunda’ sehingga kini sedangkan kitaran ganas kemiskinan, kemusnahan flora dan fauna, kronisme, kemandulan intelektual serta pelbagai ‘penyakit’ lainnya tumbuh subur tanpa mampu dikekang oleh puncak kuasa sedia ada. Atas faktor ini munculnya kritikan daripada kolektif Pangrok Sulap yang lahir daripada ‘ideologi punk’ untuk mengabdi kepada masyarakat bawahan dan menentang segala bentuk penindasan, eksploitasi dan penyalahgunaan kuasa yang memiskinkan rakyat serta memusnahkan khazanah warisan Sabah. Oleh itu, penulisan ini akan menelusuri peranan Pangrok Sulap dalam mengangkat permasalahan masyarakat dan persekitarannya, sekali gus membolehkan literasi masyarakat tentang kewujudannya di Malaysia dapat diperluaskan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, penulisan ini menggunakan kaedah temu bual sebagai sumber utama penulisan kerana kebanyakan maklumat berkenaan Pangrok Sulap belum didokumentasikan dan kekal dalam bentuk memori kolektif dalam kalangan anggotanya. Kini, telah sedekad lamanya Pangrok Sulap bersinggungan langsung dengan masyarakat dan lingkungannya sehingga membolehkan kolektif ini dianggap sebagai ‘kotak suara’ masyarakat terpinggir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pangrok Sulap , Seni cetakan kayu , Aktivis seni , Sabah , Malaysia |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 17 Aug 2022 08:42 |
Last Modified: | 17 Aug 2022 08:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33832 |
Actions (login required)
View Item |