Norhidayah Hasbullah and Dzurizah Ibrahim (2019) Hubungan pekerjaan dalam sektor informal di lawas, Sarawak. Jurnal Kinabalu. pp. 1-20. ISSN 2600-867X
Text
Hubungan pekerjaan dalam sektor informal di lawas, Sarawak.ABSTACT.pdf Download (57kB) |
|
Text
Hubungan pekerjaan dalam sektor informal Di lawas, Sarawak.pdf Restricted to Registered users only Download (365kB) | Request a copy |
Abstract
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam ‘Report of the Committee on the Employment Relationship’ menyatakan bahawa hubungan pekerjaan pada masa kini semakin kompleks dan tiada satu definisi yang boleh diterima untuk mentakrifkan hubungan pekerjaan. Pelbagai ujian dan kriteria diwujudkan pada peringkat kebangsaan untuk mentakrifikan hubungan pekerjaan. Malah, asas hubungan pekerjaan sebagai bidang kajian dikatakan adalah untuk meneliti sifat hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan bahawa sifat hubungan pekerjaan di sektor informal boleh difahami dengan mengambil kira dua dimensi: Pertama, sejauh mana majikan bergantung kepada pekerja masing-masing dan sebaliknya. Kedua, sejauh mana pekerja mempunyai keupayaan secara individu atau secara kolektif untuk mencabar kuasa majikan. Berdasarkan dua demensi ini, empat sifat dikenal pasti untuk melihat sifat hubungan pekerjaan di sektor informal, iaitu ‘fraternalism’, ‘paternalism’, ‘benevolent autocracy’, dan ‘passive acquiescence’. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu temu bual separa berstruktur bersama lapan orang responden di Lawas, Sarawak. Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat ‘benevolent autocracy’. Hal ini demikian kerana majikan kurang bergantung kepada pekerja mereka dan menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Ia adalah keadaan yang paling biasa di sebuah firma kecil, iaitu pengurus atau pemilik kurang bergantung kepada pekerja dan dapat mempengaruhi mereka dari kedudukan kuasa sebagai majikan. Hasil penemuan kajian ini turut menjelaskan bahawa konsep hubungan pekerjaan itu tidak hanya semata-mata ditandai dengan hubungan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam kajian lepas, tetapi hubungan pekerjaan itu juga meliputi sejauh mana majikan dan pekerja saling bergantung antara satu sama lain dan mewujudkan hubungan pekerjaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Hubungan pekerjaan , Sektor informal , Benevolent autocracy , Lawas , Kualitatif |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6958.5-6976 Industrial relations |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 17 Aug 2022 08:48 |
Last Modified: | 17 Aug 2022 08:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33838 |
Actions (login required)
View Item |