Konsep kemudahsampaian dalam perkhidmatan pengangkutan awam

Servicessaravanan Sundara Sakaran and Harifah Mohd Noor (2020) Konsep kemudahsampaian dalam perkhidmatan pengangkutan awam. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 127-153. ISSN 2600-867X

[img] Text
Konsep kemudahsampaian dalam perkhidmatan pengangkutan awam.ABSTRACT.pdf

Download (53kB)
[img] Text
Konsep kemudahsampaian dalam perkhidmatan pengangkutan awam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (779kB) | Request a copy

Abstract

Dalam dunia modenisasi dan globalisasi, kemudahsampaian memainkan peranan penting dalam aktiviti sosial harian. Pengangkutan awam turut memainkan peranan yang penting dalam pergerakan masyarakat dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Namun, konsep kemudahsampaian mempunyai maksud yang pelbagai mengikut pernyataan-pernyataan yang diungkapkan oleh sarjana-sarjana lepas berdasarkan kedudukan geografi di sesuatu ruang. Oleh itu, objektif makalah ini adalah untuk melihat konsep kemudahsampaian secara umum dalam perkhidmatan pengangkutan awam secara khusus. Kajian ini menggunakan sumber sekunder untuk menerangkan konsep kemudahsampaian secara umum yang khusus dalam perkhidmatan pengangkutan awam. Antara sumber sekunder digunakan dalam kajian ini adalah seperti artikel jurnal, buku, tesis dan laporan. Maka, analisis kandungan diimplementasikan dalam kajian ini adalah untuk merungkaikan konsep kemudahsampaian pengangkutan awam secara mendalam. Hasil kajian ini mendapati konsep kemudahsampaian pengangkutan awam dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti sosial, ekonomi dan politik. Implikasi kajian ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu implikasi kepada ilmu pengetahuan dan implikasi dari sudut praktikal untuk membantu perancang polisi dan pembuat keputusan memahami konsep kemudahsampaian pengangkutan awam dengan lebih mendalam supaya polisi pengangkutan awam dapat dirangka dengan mengambil kira indikator kemudahsampaian pada masa hadapan.

Item Type: Article
Keyword: Kemudahsampaian , Pengangkutan awam , Aktiviti sosial , Pergerakan , Destinasi , Ruang , Analisis kandungan
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 19 Aug 2022 08:29
Last Modified: 19 Aug 2022 08:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33860

Actions (login required)

View Item View Item