Ekonomi tidak formal dan dinamika perburuhan di sempadan Malaysia-Indonesia: Kajian kes di Pulau Sebatik

Fauzie Sarjono (2018) Ekonomi tidak formal dan dinamika perburuhan di sempadan Malaysia-Indonesia: Kajian kes di Pulau Sebatik. Jurnal Kinabalu, 24. pp. 1-18. ISSN 2600-867X

[img] Text
Ekonomi tidak formal dan dinamika perburuhan di sempadan Malaysia-Indonesia, Kajian kes di Pulau Sebatik.ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Ekonomi tidak formal dan dinamika perburuhan di sempadan Malaysia-Indonesia, Kajian kes di Pulau Sebatik.pdf
Restricted to Registered users only

Download (370kB) | Request a copy

Abstract

Marx berhujah bahawa hanya buruh yang mampu mencipta nilai lebihan atau disebut juga sebagai keuntungan dalam proses pengeluaran lebihan, ataupun keuntungan dalam proses pengeluaran. Hujah tersebut mendukung kewujudan fenomena lambakan buruh di sempadan Malaysia-Indonesia yang membawa kepada kedinamikan pasaran buruh dalam ruang ekonomi tidak formal. Trend ekonomi dunia yang akhirnya mewujudkan segmentasi dan pemisahan ruang ekonomi dalam pekerjaan, mewujudkan hubungan kelas pekerja yang dinamik, kompleks dan pelbagai coraknya dalam pasaran buruh. Fenomena kebergantungan kepada barangan antara kedua negara Malaysia-Indonesia mencipta kewujudan aktiviti ekonomi tidak formal yang heterogenus sifatnya. Malah, fenomena itu juga mendukung kewujudan corak perburuhan dan buruh yang dinamik. artikel ini merungkai hubung kait di antara corak ekonomi tidak formal di sempadan dengan kewujudan perburuhan yang dinamik, kompleks dan fleksibel dari sudut pandang hubungan pekerjaan. Perbahasan teori dan pendekatan dalam memahami disiplin ilmu ekonomi tidak formal sehinggalah dapatan lapangan menjadi tunjang kepada perbincangan utama dalam artikel ini. Dapatan kajian ini menjelaskan kedinamikan yang ditunjangi oleh kerencaman sempadan. Hasilnya, dinamika perburuhan ini dilihat sebagai satu perkara yang berada di luar batasan buruh formal. Jaminan pekerjaan yang tidak dinyatakan, jam masa bekerja yang anjal serta kaedah upah yang bersifat kepercayaan setempat meletakkan fenomena ini sebagai dinamik sifatnya.

Item Type: Article
Keyword: Ekonomi tidak formal , Dinamika perburuhan , Sempadan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS524-526.7 History
H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2022 09:48
Last Modified: 24 Aug 2022 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33893

Actions (login required)

View Item View Item