Kelaziman Punca Tekanan Pensyarah Di Universiti Awam Malaysia

Khairunesa Isa and Wan Hanim Nadrah Wan Muda and Laily Paim and Khadijah Alavi and Jalihah Md Shah and Nor Aisah Jamil (2021) Kelaziman Punca Tekanan Pensyarah Di Universiti Awam Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 18 (2). pp. 84-97. ISSN 1823-884x

[img] Text
Kelaziman Punca Tekanan Pensyarah Di Universiti Awam Malaysia.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Kelaziman Punca Tekanan Pensyarah Di Universiti Awam Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (498kB)

Abstract

Profesion sebagai seorang ahli akademik menyebabkan pensyarah terikat kepada skop tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan, dan memberi khidmat kepada masyarakat. Semua skop tugas ini mempunyai beban tertentu yang perlu dicapai. Namun, kadang kala skop tugas tersebut menyebabkan beban berlebihan yang boleh menyebabkan tekanan kepada pensyarah. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres pensyarah Malaysia dan penyebab utama stres di kalangan mereka. Di samping itu, hubungan antara faktor penyebab kepada tekanan pensyarah turut dikaji. Seramai 609 pensyarah dari empat universiti awam Malaysia telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah di universiti awam Malaysia mengalami stres pada tahap rendah. Tiga faktor utama telah dikenalpasti menjadi kelaziman penyebab tekanan kepada pensyarah ialah faktor universiti, faktor sosial dan faktor individu. Selain itu, beban kerja, persekitaran kerja, jaringan kenalan, kesihatan dan faktor kewangan juga dilihat sebagai kelaziman utama yang menyumbang kepada isu tekanan pensyarah. Hasil kajian ini boleh digunakan untuk menentukan program intervensi yang tepat sebagai strategi mengatasi tekanan dan mengekalkan kebahagiaan para pensyarah di tempat kerja juga dalam kehidupan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Tekanan , Pensyarah , Universiti Awam Malaysia , Skop Kerja , Punca
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Aug 2022 10:27
Last Modified: 26 Aug 2022 10:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33974

Actions (login required)

View Item View Item