Tanggapan Golongan Miskin Bandar Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu, Sabah

Adi Jafar and Fionna Geogre and Nordin Sakke and Mohammad Tahir Mapa and Aisah Meri and Abdul Hadi Alimuddin and Molia Sebi Dinggai (2021) Tanggapan Golongan Miskin Bandar Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 14-25. ISSN 2504-8562

[img] Text
Tanggapan Golongan Miskin Bandar Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Tanggapan Golongan Miskin Bandar Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (449kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat berpendapatan rendah merupakan golongan yang rentan atau mudah terancam (vulnerable) ketika berhadapan dengan bahaya (hazard). Wabak Novel Koronavirus atau COVID-19 merupakan salah satu contoh bahaya semula jadiyang dikategorikan sebagai pandemik dan telah menular ke serata dunia termasuklah Malaysia. Berikutan penularan wabak COVID-19 yang berlaku dengan pantas di seluruh dunia menyebabkan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP). Tujuannya adalah bagi mengekang berlakunya penularan wabak COVID-19 di dalam negara. Walau bagaimanapun, perlaksanaan PKP telah merubah pola kehidupan harian masyarakat secara umumnya khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Oleh hal demikian, kajian ini inginmengenal pasti tanggapan masyarakat berpendapatan rendah berstatus B40 di Bandaraya Kota Kinabalu terhadap kesan pelaksanaan PKP berdasarkan sektor pekerjaan. Kajian ini menggunakan kaedah survei (soal selidik) dalam proses pengutipan data di lapangan. Dalam proses survei yang dilakukan, seramai 93 orang responden berstatus golongan B40 berjaya ditemu bual. Data yang diperolehmelalui kaedah survei tersebut telah dianalisis menggunakan analisis frekuensi, analisis tabulasi silang dan analisis skor min.Kajian ini mendapatigolongan B40 beranggapan pelaksanaan PKP memberi kesan ke ataskehidupan mereka terutamanya daripada aspek ekonomi, keselamatan, kesihatan dan hubungan sosial. Kumpulan bekerja sendiri merupakan golongan yang paling terkesan mengalami masalah daripada aspek ekonomi. Salah satunya adalah wujud fenomena pengangguran sementara dalam kalangan bekerja sendiri. Walaupun begitu, perlaksanaan PKP didapati memberi impak positif terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan hubungan sosial golongan B40 di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Golongan berpendapatan rendah , Perintah Kawalan Pergerakan , PKP , Bandaraya Kota Kinabalu , Sektor pekerjaan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Aug 2022 08:53
Last Modified: 29 Aug 2022 08:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33996

Actions (login required)

View Item View Item