Aplikasi Kaedah Paras Ambang dalam Menentukan Peristiwa Kemarau di Lembangan Sungai Langat, Selangor, Malaysia

Nordin Sakke and Hamirdin B. Ithnin and Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2015) Aplikasi Kaedah Paras Ambang dalam Menentukan Peristiwa Kemarau di Lembangan Sungai Langat, Selangor, Malaysia. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (3). pp. 47-58. ISSN 1985-496X

[img] Text
Aplikasi Kaedah Paras Ambang dalam Menentukan Peristiwa Kemarau di Lembangan Sungai Langat, Selangor, Malaysia.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Aplikasi Kaedah Paras Ambang dalam Menentukan Peristiwa Kemarau di Lembangan Sungai Langat, Selangor, Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (781kB)

Abstract

Kemarau adalah fenomena yang dikaitkan dengan kekurangan air, yang pada kebiasaannya mendatangkan impak yang signifikan ke atas ekonomi, sosial dan juga alam sekitar di kawasan yang terlanda. Secara umumnya, kemarau boleh disifatkan sebagai satu keadaan sisihan yang berpanjangan daripada keadaan normal sesuatu pemboleh ubah air seperti kerpasan, aliran sungai, air bawah tanah dan lembapan tanih. Istilah keadaan normal merupakan inti terhadap mana-mana perbincangan kemarau kerana ia merupakan batasan antara kejadian kemarau atau tidak. Istilah keadaan normal juga dikenali paras ambang. Beberapa kaedah digunakan sebagai paras normal. Antaranya ialah penggunaan nilai purata, nilai median, purata dan 75% daripada purata, nilai purata tolak satu sisihan piawai dan nilai lampauan peratusan terendah yang diperolehi daripada keluk tempoh alir (KTA). Dalam konteks kajian ini, nilai lampauan (persentil - Q) daripada KTA digunakan untuk menentukan peristiwa kemarau. Tempoh 49 tahun data luahan bagi stesen Dengkil digunakan bagi menentukan nilai Q. Dengan menggunakan persentil Q70 = 16.27 m3 s -1 , Q80 = 12.91 m3 s -1 , Q90 = 9.71 m3 s -1 dan Q95 = 7.61 m3 s -1 sebagai paras ambang kemarau, didapati bilangan peristiwa kemarau, jumlah hari defisit dan jumlah defisit luahan yang terhasil adalah berbeza. Berpandukan kepada analisis, bilangan hari defisit pada paras Q95 iaitu 62 hari dengan satu peristiwa kemarau berbanding pada paras Q70 iaitu sebanyak 1971 hari dengan 25 peristiwa kemarau. Bagi jumlah defisit luahan, sebanyak 19904.17 m3 s -1 terhasil pada paras Q70 berbanding 427.55 m3 s -1 bagi paras Q95. Jumlah defisit yang dicatatkan sekitar 3.33 % daripada keseluruhan jumlah luahan. Daripada jumlah ini, 54.30 % dikategorikan sebagai kemarau biasa (Q70 – Q79.9), 30.83 % dikategorikan sebagai kemarau sederhana (Q80 – Q89.9), 12.72 % dikategorikan sederhana parah (Q90 – Q94.5) dan selebihnya iaitu 2.15 % dikategorikan parah (Q95 ke atas).

Item Type: Article
Keyword: Kemarau hidrologi , Kaedah paras ambang , Peristiwa kemarau
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1-999 Physics > QC851-999 Meteorology. Climatology Including the earth's atmosphere
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Aug 2022 10:41
Last Modified: 29 Aug 2022 10:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34007

Actions (login required)

View Item View Item