Suraya Sintang and Assis Kamu and Mohd Nazmi Mohd Khalli (2022) Interaksi sosial dalam hubungan Muslim-Kristian di Kota Kinabalu dan Keningau, Sabah. Kajian Malaysia, 41. pp. 1-24. ISSN 0127-4082 (P-ISSN) , 2180-4273 (E-ISSN)
Text
Interaksi sosial dalam hubungan Muslim-Kristian di Kota Kinabalu dan Keningau, Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (366kB) | Request a copy |
|
Text
Interaksi sosial dalam hubungan Muslim-Kristian di Kota Kinabalu dan Keningau, Sabah _ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
Abstract
Masyarakat Sabah sememangnya dikenali dengan sikap toleransi yang tinggi sehingga berupaya mempamerkan suasana hidup damai bersama. Sungguhpun permasalahan hubungan sosial antara agama semakin meruncing atas pelbagai faktor, situasi ini agak berbeza dalam konteks hubungan Muslim dan Kristian di Sabah. Kajian ini bertujuan menjelaskan bagaimana interaksi sosial diterjemahkan dalam bentuk kesefahaman budaya berdasarkan hubungan bersama keluarga dan jiran/rakan beza agama. Berpandukan kajian kuantitatif, sejum lah 234 orang responden terlibat dalam kajian kes di sekitar daerah Kota Kinabalu dan Keningau. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui jadualan silang dengan ujian khi kuasa dua untuk melihat taburan respon bagi pembolehubah agama. Hasil kajian mendapati tahap interaksi sosial penganut antara Muslim dan Kristian di kawasan kajian adalah positif. Kesefahaman budaya antara kedua agama begitu terserlah tidak hanya ketika sambutan majlis keramaian atau perayaan, tetapi juga dilazimi melalui ak tiviti seharian. Boleh dikatakan melalui jalinan interaksi inilah yang menyuburkan amalan toleransi dan kesalingfahaman antara pihak beza agama. Nilai kasih sayang yang dibina melalui hubungan kekeluargaan dan kejiranan menggalakkan interaksi berlaku tanp a batas sehingga perbezaan fahaman antara agama dapat diminimakan. Kajian ini merumuskan agama tidak seharusnya dilihat hanya sebagai punca dan pencetus konflik, sebaliknya turut berperanan sebagai pencetus semangat hidup bersama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Interaksi sosial , Toleransi , Hubungan Muslim , Agama , Kesefahaman budaya |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL51-65 Philosophy of religion. Psychology of religion. Religion in relation to other subjects |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 19 Sep 2022 15:49 |
Last Modified: | 19 Sep 2022 15:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34145 |
Actions (login required)
View Item |