Penghasilan keropok ikan todak (Tylosurus leiurus)

Abdullah Musa (2005) Penghasilan keropok ikan todak (Tylosurus leiurus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000491.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk membangunkan produk keropok ikan todak dari sepsis Tylosurus leiurus. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dengan setiap formulasi mempunyai peratusan tepung dan isi ikan yang berbeza. Ujian penilaian sensori yang melibatkan penilaian sensori dalam atribut tekstur, rasa ikan dan penerimaan keseluruhan telah dijalankan untuk memilih satu formulasi yang terbaik. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, formulasi F8 iaitu sampel 848 yang mempunyai 41% tepung, 41% isi ikan dan 15.27% air adalah merupakan formulasi terbaik. Analisis peroksimat yang dijalankan ke atas formulasi terbaik mendapati F8 mengandungi 34.61 % karbohidrat, 13.40% air, 2.10% abu, 12.50% lemak, 37.32% protein dan 0.07% serabut kasar. Selain itu, ujian mikrobiologi yang dijalankan pula mendapati jangka hayat formulasi terbaik adalah lebih dari 6 minggu jika disimpan pada suhu bilik (25°C). Kesimpulannya, dengan terhasilnya produk ini, ia dapat mempelbagaikan lagi variety keropok yang sedia ada di pasaran selain dapat meningkatkan penggunaan ikan todak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fish, Swordfish, Tylosurus leiurus, Swordfish crackers
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Feb 2012 12:43
Last Modified: 23 Oct 2017 08:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3419

Actions (login required)

View Item View Item