Resilien Pengusaha Bas Awam dalam Hadapi Tempoh Pandemik COVID-19

Hazlee Jirip and Harifah Mohd Noor (2022) Resilien Pengusaha Bas Awam dalam Hadapi Tempoh Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 1-14. ISSN 2504-8562

[img] Text
Abstract.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (439kB) | Request a copy

Abstract

Resilien merupakan kemampuan untuk menyesuaikan diri dan mengatasi tekanan dalaman mahupun luaran dalam satu tempoh yang sukar. Dalam tempoh pandemik ini, kesukaran untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam menjadi satu cabaran yang besar khususnya dalam kalangan pengusaha bas. Penularan penyakit pandemik Covid-19 telah memaksa kerajaan di kebanyakan negara, di seluruh dunia untuk melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) bagi mengelakkan penularan Covid-19 berlaku di negara masing-masing. Pelaksanaan sekatan pergerakan yang dilakukan memberikan impak yang besar terhadap penurunan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam. Selain itu, penularan Covid-19 juga telah mengakibatkan pengusaha bas mengalami penurunan kadar aliran tunai. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti usaha pengusaha bas awam dalam menangani dan meneruskan kelangsungan perkhidmatan dalam tempoh pandemik Covid-19. Penggunaan terhadap sumber sekunder diaplikasikan dalam kajian ini dengan menyelidik kajian-kajian lepas seperti jurnal, buku, artikel dan laporan untuk membincangkan konsep resilien pengusaha bas awam dalam tempoh pandemik ini.

Item Type: Article
Keyword: Resilien , Pengusaha bas awam , Pengangkutan awam , Covid-19 , Perintah kawalan pergerakan
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE305-311 Urban transportation
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Oct 2022 10:46
Last Modified: 19 Oct 2022 10:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34469

Actions (login required)

View Item View Item