Analisis antioksida dalam tiga jenis daun teh berbeza kematangan yang difermentasi dan kompos teh hitam Sabah

Siti Ayu Desa (2010) Analisis antioksida dalam tiga jenis daun teh berbeza kematangan yang difermentasi dan kompos teh hitam Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000482.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Empat jenis sampel iaitu tiga jenis daun teh berbeza kematangan yang difennentasi dan kompos teh hitam Sabah dianalisa jumlah kandungan phenolik, flavonoid dan aktiviti antioksidanya. Pengekstrakkan sampel dljatankan dengan dua cara iaitu pengekstrakkan menggunakan air panas dan 70% pelarut akueus metanol. Analisis dijalankan dengan kaedah TPC, TFC, kaedah serangan radikal DPPH dan FRAP. Hasil daripada kaedah TPC didapati pucuk mengandungl jumlah kandungan phenolik yang tinggi diikuti daun pertengahan, kompos dan daun tua iaitu berada antara 633.67±17.04mgGAE/100ml hingga 528.67±1.15mgGAE/100mI. Jumlah kandungan phenolik bagi pengekstrakkan air panas adalah tinggi dalam pucuk dan daun pertengahan manakala bagi daun tua dan kompos teh hitam, jumlah kandungan phenolik adalah lebih tinggi dalam pengekstrakkan pelarut akueus metanol. Hasil daripada kaedah TFC mendapati pucuk mengandungi jumlah kandungan flavanoid yang tinggl diikuti daun pertengahan, kompos teh hitam dan daun tua iaitu antara 2.42±0.12 mgQEQ/ml hingga 0.84±0.06mgQEQ/ml. Jumlah kandungan flavonoid adalah tinggl bagi pengekstrakkan air panas berbanding pengekstrakkan pelarut akueus metanol. Bagl kaedah DPPH aktivitl antioksida paling tinggi dicatatkan oIeh pucuk dan paling rendah dicatatkan oIeh daun tua iaitu antara 7102.48±109.44mgAA/100g hingga 366.67±72.51mgAA/100g. Hasil kajlan juga mendapati pengekstrakkan air panas sesuai untuk daun pertengahan, daun tua dan kompos teh hitam dan bagl pucuk pengekstrakkan menggunakan pelarut akueus metanol lebih sesual digunakan. Manakala bagl FRAP aktiviti antfoksida tertinggi dicatatkan bagl daun pucuk, daun pertengahan, kompos teh hitam dan daun tua iaitu antara 13.49±0.04 µMol Fe₂SO₄.7H₂O/ml hingga 12.58±0.17 µMol Fe₂SO₄.7H₂O/ml. Manakala bagi pengekstrakkan pelarut akueus metanol aktiviti antioksida yang tertinggi dicatatkan adalah pucuk.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tea, Sabah black tea, Phenolic content, Flavonoids content, Antioxidant activity
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Feb 2012 16:21
Last Modified: 23 Oct 2017 08:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3471

Actions (login required)

View Item View Item