Saifulazry Mokhtar and Azmin Pullong and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Sharifah Darmia Sharif Adam (2022) Kepentingan ilmu dakwah terhadap pendakwah kontemporari menurut perspektif Muhammad Al-Ghazali: Satu analisis. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 324-337. ISSN 0128-1755
Text
ABSTRAK.pdf Download (55kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (228kB) | Request a copy |
Abstract
Aktiviti dakwah adalah satu amalan mulia yang dituntut oleh Allah SWT dan disarankan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan. Walaupun ia merupakan satu sunnah yang sangat diutamakan, namun masyarakat seringkali memandang enteng dalam pelaksanaanya. Sebagai seorang pendakwah yang berkaliber, beliau perlulah terlebih dahulu menyiapkan diri dan mendalami ilmu dakwah sebelum melaksanakan tuntutan mulia tersebut serta memastikan dakwah yang dilaksanakan tersebut tepat dan berkesan. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan ilmu dakwah terhadap pendakwah masa kini menurut perspektif Muhammad al-Ghazali dalam Kitab Fiqh al-Sirah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu merujuk kepada Kitab Fiqh al-Sirah karangan Muhammad al- Ghazali. Hasil dapatan kajian menemukan tujuh kepentingan ilmu dakwah yang harus diketahui oleh pendakwah masa kini iaitu seseorang yang berketurunan mulia, mempunyai sifat sabar yang tinggi, seorang yang bijak dan pintar, mempunyai sumber kewangan yang baik, mempunyai akhlak yang mulia, bersikap peramah dan berhati luhur serta memperbanyakan waktu muhasabah diri. Dengan mengaplikasikan kaedah dan manhaj dakwah yang disarankan oleh Muhammad al-Ghazali sudah pasti aktiviti dakwah yang dijalankan oleh seseorang pendakwah itu akan membuahkan hasil seperti yang diidamkan. Semoga dengan penerapan rekayasa dakwah ini dapat dijadikan sebagai menu utama dalam landskap dakwah masa kini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Dakwah , Ilmu dakwah , Pepentingan ilmu , Muhammad Al-Ghazali , Pendakwah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP170.3-170.5 Missionary work of Islam |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 08 Nov 2022 10:11 |
Last Modified: | 08 Nov 2022 10:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34714 |
Actions (login required)
View Item |