Sharifah Darmia Sharif Adam and Mohd Sohaimi Esa and Irma Wani Othman and Jais Abdul Hamid (2022) Cabaran pendidikan pelajar bumiputera luar bandar di Sabah selepas merdeka. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 7. pp. 819-833. ISSN 0128-164X
Text
ABSTRAK.pdf Download (56kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (300kB) | Request a copy |
Abstract
Artikel ini akan membincangkan tentang cabaran pendidikan terhadap pelajar bumiputera luar bandar di Sabah. Pada era globalisasi ini, kemajuan pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara. Pembangunan sistem pendidikan menjadi satu pelaburan yang bukan sahaja dapat menjamin kemakmuran negara tetapi juga melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi pada masa akan datang. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan keunikan masyarakat bumiputeranya terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Di negeri ini, pembangunan dalam bidang pendidikan sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan, pemimpin mahupun masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun usaha pembangunan dalam bidang pendidikan ini tidaklah mudah kerana terdapat cabaran yang perlu dihadapi. Oleh itu, perbincangan dalam artikel ini difokuskan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang menjadi halangan terhadap pembangunan pendidikan pelajar bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar selepas Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. Artikel ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif, kaedah kajian arkib dan kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti The Annual Summary Report of The Education Dept. 1962, North Borneo Annual Report 1952, akhbar, buku dan artikel untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Dapatan kajian ini menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk memperbaiki atau merangka polisi baru untuk meningkatkan lagi kemajuan pembangunan pendidikan pelajar bumiputera luar bandar di Sabah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Cabaran , Pendidikan , Pelajar , Bumiputera , Luar bandar dan Sabah |
Subjects: | L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education > LA410-2284 Other regions or countries |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 08 Nov 2022 10:43 |
Last Modified: | 08 Nov 2022 10:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34717 |
Actions (login required)
View Item |