Projek inovasi sekolah: Elemen kearifan tempatan dalam pengajaran dan pembelajaran

Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Mohd Azri Ibrahim and Abang Mohd Razif Abang Muis and Irma Wani Othman (2022) Projek inovasi sekolah: Elemen kearifan tempatan dalam pengajaran dan pembelajaran. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 7. pp. 834-846. ISSN 0128-164X

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (55kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (473kB) | Request a copy

Abstract

Pada tahun 2020, geran penyelidikan Projek Inovasi Sekolah telah diperkenalkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan bermatlamat untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Secara umumnya, kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut bergantung kepada pemantapan penguasaan bahasa tempatan dan asing dalam kalangan pelajar. Persoalannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh golongan pendidik atau guru perlu juga disertakan dengan elemen inovasi agar dapat menambat hati pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan kajian awal berkaitan dengan elemen inovasi berasaskan kearifan tempatan. Sekolah Kebangsaan Kanibongan telah dipilih sebagai projek printis ini sesuai dengan lokasinya sebagai sekolah luar bandar. Metodologi kajian berdasarkan kepada elemen kearifan tempatan, yakni salah satu daripada cerita rakyat etnik Rungus. Daripada cerita rakyat ini, beberapa aktiviti yang bersifat inovasi telah dianjurkan antaranya termasuklah tayangan video, penceritaan dan aktiviti pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti seumpama ini boleh memperkayakan lagi aktiviti pembelajaran pelajar berasaskan kearifan tempatan. Pada masa sama pelajar turut dapat melalui pengalaman baharu yang bersifat interaktif lagi berinovatif dalam mempelajari bahasa, termasuk bahasa kebangsaan.

Item Type: Article
Keyword: Kearifan tempatan , Projek inovasi sekolah , Pengajaran dan pembelajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2022 11:13
Last Modified: 08 Nov 2022 11:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34721

Actions (login required)

View Item View Item