Ng, Chiou Yen (2009) Faktor risiko penyakit jantung koronari di kalangan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000488.pdf Download (4MB) | Preview |
Abstract
Objektif utama dalam kajian ini adalah mengkaji hubungkait antara faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari, mengkaji tahap kesedaran pesakit penyakit jantung koronari terhadap faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari dan mengkaji amalan pemakanan pesakit penyakit jantung koronari. Dalam kajian ini, terdapat seramai 62 orang responden yang mengambil bahagian dalam peringkat persampelan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah yang dijalankan pada responden adalah secara menemubual. Dalam penemubualan, borang soal selidik, borang ingatan 24 jam dan borang kekerapan pengambilan makanan telah digunakan. Data-data yang didapati dianalisis dengan menggunakan program komputer yang berasaskan Nutrition Composition Book dan SPSS. Keputusan yang telah dianalisis dibanding dengan saranan daripada beberapa pengkaji professional. Kajian telah menemui bahawa kebanyakan tekanan darah responden adalah lebih daripada normal iaitu 120/80 mm Hg. Trigliserid, jumlah kolesterol, HDL dan LDL berada dalam lingkungan piawai yang dicadangkan oleh Hospital Queen Elizabeth. 32 orang daripada responden adalah menghidapl diabetes. Indeks jisim tubuh bagi segolong besar responden yang melebihl 25.00- 29.90 kg/m²• Hubungkaitan antara faktor-faktor risiko PJK seperti faktor umur, tekanan darah, dan indeks jisim tubuh telah dikaji. Daripada ujian kolerasi dan ujian Khi Kuasa Dua, hubungkait antara umur dengan tekanan darah sistolik dan diastolik adalah rendah dengan nilai r= -0.159 (X²= 25.804, df=20, p= 0.172) dan r= 0.028 (X²= 20.936, df= 20, p= 0.401) yang tldak mencapai p> 0.05. Manakala, hubungkaitan antara indeks jisim tubuh dengan tekanan darah adalah kuat di mana ujian kolerasl dan ujian Khi Kuasa Dua yang bemilal r= 0.755 (X²= 42.120, df= 8 dan p< 0.05). Lebih daripada separuh responden mempunyal ahli keluarga yang menghidapl penyakit jantung koronari atau penyakit lain. Tahap kesedaran responden yang mendapat peratusan 50%- 74% hanya ada 27 orang sahaja. Tabiat pemakanan dan gaya hidup yang sihat dan wajar tidak diamalkan oleh responden. Antara responden-responden, 13 masih merokok dan 19 orang yang sudah berhenti merokok. Dalam borang ingatan 24 jam, hasil data responden lelaki dan perempuan mempunyai pengambilan tenaga, serat dan kalium yang jauh daripada saranan. Borang kekerapan pengambilan makanan memaparkan peningkatan dari segi pengambilan garam dan serat. Akan tetapi kuantlti kalium yang diambll adalah masih pada paras yang rendah. Pertambahan pengambllan garam dalam pemakanan responden tidak dilihat sebagai satu fenomena yang baik. Faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari boleh dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup dan tabiat pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian. Pendedahan kepada informasi dengan meningkatkan tahap kesedaran terhadap penyakit jantung koronarl perlu diusahakan bukan sahaja oleh pesakit penyakit jantung koronari malah semua pihak.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Health, Coronary heart disease, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu |
Subjects: | R Medicine > RC Internal medicine > RC31-1245 Internal medicine > RC581-951 Specialties of internal medicine |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 19 Mar 2012 09:11 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 09:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3479 |
Actions (login required)
View Item |