Kempen Stay-at-Home: kejelasan tujuan, keberkesanan dan implikasi kepada masyarakat

Sitinurbayu Mohd Yusoff and Dzurizah Ibrahim and Syahruddin Awang Ahmad and Aisah Meri and Cyril Modili and Aira Nur Abu Osman (2022) Kempen Stay-at-Home: kejelasan tujuan, keberkesanan dan implikasi kepada masyarakat. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 10. pp. 59-70. ISSN 2289-859X

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (240kB) | Request a copy
[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (66kB)

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 dengan tujuan mengekang penularan wabak penyakit berjangkit yang dinamakan Novel Coronavirus (2019-nCov). Justeru, Kempen Stay-at-Home diperkenalkan susulan bilangan kematian yang disebabkan jangkitan virus Covid-19 semakin meningkat dan membimbangkan. Kempen Stay-at-Home adalah sebuah kempen kesihatan awam yang diwujudkan untuk menggalakkan orang ramai kekal berada di rumah untuk melindungi penduduk daripada terdedah kepada kebarangkalian dijangkiti virus Covid-19 dan seterusnya mengurangkan kematian yang diakibatkan oleh virus ini. Kempen kesihatan awam adalah kempen menerusi media yang mempromosikan intervensi kesihatan awam seperti Kempen Kesedaran Thalassemia dan Kempen Kesihatan Mental Sedunia. Kepatuhan rakyat terhadap PKP adalah wajib dan menjadi asas kepada kempen kesihatan awam. Kesedaran dan pematuhan yang masih kurang terhadap arahan PKP menerusi Kempen Stay-at-Home dalam kalangan penduduk di Malaysia amat membimbangkan. Kemungkinan wujud keperluan untuk mendidik dan mengasuh minda ahli masyarakat agar memahami tujuan kempen duduk di rumah sepanjang tempoh PKP. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik perbincangan kumpulan fokus dengan berpandukan Model KAP (Knowledge-Attitude-Practise/Behavior) telah dilaksanakan dalam kajian ini. Kajian bertujuan untuk mengenalpasti punca mengapa masyarakat kurang memberi kerjasama terhadap Kempen Stay-at-Home dan mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat terhadap mesej dalam Kempen Stay-at-Home. Kajian mendapati masyarakat kurang menyokong usaha Kempen Stay-at-Home untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 atas pelbagai faktor seperti tekanan (stress), keperluan untuk keluar bekerja, tiada ganjaran, kekurangan penguatkuasaan, dan sebagainya. Diharap kajian ini dapat menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan persepsi masyarakat terhadap kepentingan PKP dan seterusnya memberi maklumat berguna kepada pihak berkuasa agar dapat memikirkan cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan keselamatan masyarakat.

Item Type: Article
Keyword: Covid19 , Kempen , Model KAP , Perintah Kawalan Pergerakan , Stay-at-Home
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 15 Nov 2022 08:57
Last Modified: 15 Nov 2022 08:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34836

Actions (login required)

View Item View Item