Aktiviti antioksida di dalam daun teh Cameron Highlands

Nurul Aina Ahmad Husin (2009) Aktiviti antioksida di dalam daun teh Cameron Highlands. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000497.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti antioksida di dalam daun teh Cameron Highands daripada spesies Camellia sinersis var. Assamica yang diambil dari Ladang Teh MARDI. Sampel terdiri daripada daun pucuk (dua daun pertama), pertengahan (daun ketiga hingga ke lima) dan tua (daun ke enam hingga ke lapan). Daun kemudiannya diekstrak dengan metanol dan air panas. Ujian TPC, TFC, DPPH, ABTS dan FRAP telah dijalankan. Berdasarkan ujian-ujian ini, keberkesanan pengekstrakan metanol dan air panas telah dikaji. Berdasarkan ujian TPC, sampel pucuk metanol dan air panas menunjukkan nilai tertinggi iaitu 193.46 ± 42.61 GAE(mg/L) dan 192.85 ± 30.07 GAE(mg/L), mana kala sampel tua kedua-dua pengekstrakan menunjukkan nilai paling rendah iaitu 121.64 ± 22.73 GAE(mg/L) dan 97.70 ± 10.22 GAE(mg/L). Bagi ujian TFC, sampel pucuk metanol dan air panas menunjukkan nilai tertinggi iaitu 897.79 ± 45.82 QE(µg/ml) dan 609.00 ± l5.86 QE(µg/ml) mana kala sampel tua kedua-dua pengekstrakan menunjukkan nilai paling rendah iaitu 455.43 ± 6.11 QE(µg/ml) dan 312.00 ± 3.75 QE(µg/ml). Bagi ujian DPPH, sampel pucuk metanol dan air panas menunjukkan kesan perencatan paling tinggi iaitu 94.25 ± 0.50% dan 89.33±0.49% manakala sampel tua kedua-dua pengekstrakan menunjukkan kesan paling rendah iaitu 71.74 ± 0.79% dan 84.10 ± 0.35%. Sampel pucuk metanol dan air panas menunjukkan kesan perencatan paling tinggi bagi ujian ABTS, iaitu 90.33±10.06% dan 70.19 ± 16.18% dan sampel tua kedua-dua pengekstrakan menunjukkan kesan perencatan paling rendah laitu 40.42±10.26% dan 4O.42±10.26%. Bagi ujian FRAP, sampel pucuk metanol dan air panas menunjukkan kuasa penurunan paling tinggi iaitu 493.30±22.34 Fe(ll)( µM/ml) dan 440.30 ± 14.42 Fe(ll)(µM/ml) manakala sampel tua kedua-dua pengekstrakan menunjukkan nilai paling rendah iaitu 139.97 ± 2.52 Fe(n)(µM/ml) dan 128.97 ± 8.50 Fe(n)(µM/ml). Secara keseluruhannya, sampel pucuk dan tua metanal dan air panas masing-masing menunjukkan aktiviti antiaksida tertinggi dan paling rendah. Didapati juga bahawa pengekstrakan metanol adalah lebih berkesan berbanding air panas.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tea, Tea leaves, Cameron Highlands, Camellia sinersis var. Assamica
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Mar 2012 09:54
Last Modified: 23 Oct 2017 09:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3487

Actions (login required)

View Item View Item