Penerokaan pengetahuan, persepsi, dan kesan penyebaran berita palsu di ‘N.E.W.S.E.E.D’ dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia

Romlah Ramli and Norhuda Salleh and Ahmad Faisal Mohamed Fiah and Noor Syakirah binti Zakaria (2022) Penerokaan pengetahuan, persepsi, dan kesan penyebaran berita palsu di ‘N.E.W.S.E.E.D’ dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. International journal of law, government and communication (IJLGC), 7. pp. 689-703. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (470kB) | Request a copy

Abstract

Fenomena berita palsu menjadi persekitaran negatif dalam perkongsian fakta atau perkara sebaliknya. Perkembangan platform komunikasi iaitu media sosial menjadi medium bagi pencipta berita palsu atau penyampai berita palsu bergiat aktif dalam kegiatan ini. Masyarakat lazimya terdedah dengan penyebaran berita palsu di dalam penggunaan media sosial sama ada ia berkaitan dalam dan luar negara. Audien seperti mahasiswa tidak terlepas dari kesan penyebaran berita palsu ini. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk menerokai pengetahuan, dan persepsi mahasiswa berkaitan penyebaran berita palsu di N.E.W.S.E.E.D, dan juga menerokai kesan penyebaran berita palsu di N.E.W.S.E.E.D kepada mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual mendalam menggunakan protokol temubual secara berstruktur. Seramai lapan orang informan dikenalpasti melalui persampelan bertujuan dari pelbagai latar program pengajian. Maklumbalas direkodkan secara elektronik dan ditranskripsi semula oleh penyelidik. Data kajian telah dianalisis menggunakan analisis tematik melalui perisian NVIVO. Daripada analisis transkripsi data kajian, ia menunjukkan persepsi mahasiswa terhadap penyebaran berita palsu di N.E.W.S.E.E.D menunjukkan pandangan negatif dan tidak baik terhadap penyebaran berita palsu. Seterusnya, bagi kesan penyebaran berita palsu di N.E.W.S.E.E.D ialah, perubahan pola pemikiran mahasiswa. Perubahan pola pemikiran adalah menjurus kepada mudah percaya dan terpengaruh dengan berita palsu. Hasil kajian menunjukkan bahawa berita palsu membawa kesan yang tidak baik kepada mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM).

Item Type: Article
Keyword: Berita palsu , Facebook , Kesan berita palsu , Persepsi mahasiswa
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Feb 2023 12:17
Last Modified: 13 Feb 2023 12:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35050

Actions (login required)

View Item View Item