Peranan dan cabaran pusat pengurusan warga tua: Kajian kes di The Hope Village Tuaran, Sabah

Hafieza Morshidi (2022) Peranan dan cabaran pusat pengurusan warga tua: Kajian kes di The Hope Village Tuaran, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (256kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Isu penuaan penduduk adalah suatu fenomena yang bakal melanda negara Malaysia pada abad ke-21. Hal ini demikian kerana statistik kumpulan penduduk warga emas yang telah berumur 60 tahun keatas telah mengalami peningkatan, dimana 3.4 juta warga emas atau 10.4 peratus daripada keseluruhan penduduk menurut rekod Banci Malaysia. Tambahan pula, isu penuaan penduduk kini juga melibatkan semua aspek dalam kehidupan sama ada individu, masyarakat dan negara. Dengan itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau peranan yang dimainkan oleh pengurus dan staf pekerja dalam pengurusan warga tua. Malahan, kajian ini juga adalah untuk memperlihatkan cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurus dan staf pekerja semasa penjagaan warga tua di The Hope Village Tuaran. Seramai 12 orang informan kajian yang terdiri daripada pengurus, jururawat, Caregiver dan warga tua yang menetap di The Hope Village Tuaran telah dipilih sebagai sampe kajian. Kajian ini juga dijalankan dengan menggunakan pendekatan yang bersifat kualitatif, iaitu menggunakan instrumen temu bual secara mendalam sebagai data primer, malah pengkaji juga menggunakan kaedah kepustakaan dan laman sesawang sebagai data sekunder bagi membantu memperolehi data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pihak pengurus dan staf pekerja di The Hope Village Tuaran memainkan peranan yang baik dalam pengurusan warga tua. Tambahan pula, pengkaji juga dapat mengenalpasti cabarancabaran yang dihadapi oleh pihak pengurus dan staf pekerja semasa pengurusan warga tua, seperti cabaran dalam pengurusan emosi warga tua. Akhir sekali, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kajian sebagai penambahbaikan kepada kajian yang akan datang ataupun menjadi panduan kepada masyarakat di luar sana, khususnya berkaitan ilmu pengurusan warga tua.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Penuaan , Warga emas , Peranan , Cabaran
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ1060-1064 Aged. Gerontology (Social aspects). Retirement
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:28
Last Modified: 28 Mar 2023 14:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35262

Actions (login required)

View Item View Item