Daya hidup bahasa minoriti: Kajian kes Bahasa Bajau dalam kalangan belia Bajau di UMS

Mohd Raihan Izad (2022) Daya hidup bahasa minoriti: Kajian kes Bahasa Bajau dalam kalangan belia Bajau di UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Daya hidup bahasa merujuk kepada status vitaliti sebuah bahasa sama ada bahasa tersebut berada pada tahap yang selamat ataupun sedang diambang ancaman kepupusan bahasa. Selain daripada itu, status sesebuah bahasa itu terletak di tangan penuturnya iaitu jumlah penutur dan tahap penggunaannya. Namun, wujud persoalan mengenai punca yang mempengaruhi pemilihan penggunaan bahasa dalam sesebuah komuniti itu berbanding status daya hidup sesebuah bahasa tersebut. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi pilihan bahasa dalam kalangan belia Bajau yang menuntut di UMS serta hubungkaitnya dengan status daya hidup bahasa Bajau, salah satu Bahasa minoriti di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif instument temu bual mendalam dijalankan dengan sepuluh belia Bajau UMS, dan juga kaedah pemerhatian ikut serta dan kaedah leksikostatik untuk melakarkan lanskap bahasa mereka. Hasil kajian mendapati bahawa selain daripada tahap status sosio-ekonomi terdapat faktor lain seperti faktor situasi persekitaran dan faktor persepsi negatif terhadap bahasa Bajau yang menyebabkan peralihan bahasa dalam kalangan belia Bajau sehingga mampu untuk menggugat tahap daya hidup bahasa Bajau. Secara ringkasnya tahap daya hidup bahasa Bajau masih berada dalam status kritikal.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Peralihan bahasa , Pemilihan bahasa , Bahasa Bajau Sama Kota Belud , Daya hidup bahasa
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:31
Last Modified: 28 Mar 2023 14:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35264

Actions (login required)

View Item View Item