Penggunaan tumbuhan ubatan dalam kalangan masyarakat Dusun di Kampung Piasau, Ranau, Sabah

Adzfa Hananie Kerisim (2022) Penggunaan tumbuhan ubatan dalam kalangan masyarakat Dusun di Kampung Piasau, Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (480kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Tesis ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan tumbuhan ubatan dalam kalangan masyarakat Dusun di Kampung Piasau, Ranau Sabah. Manusia dan tumbuhan saling memerlukan antara satu sama lain seperti manusia menggunakan tumbuhan untuk tujuan perubatan dan mencapai keseimbangan dari sudut biogeografi. Kaedah yang digunakan untuk mengutip data adalah melalui pemerhatian dan temu bual seramai enam orang informan. Tambahan pengkaji menggunakan aplikasi ‘Picture This’ sebagai kaedah pengecaman spesies tumbuhan ubatan. Data kajian yang dikutip dianalisis menggunakan teknik analisis frekuensi, teknik analisis naratif dan teknik analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 40 spesies tumbuhan ubatan daripada 21 famili yang biasa digunakan oleh penduduk Kampung Piasau dalam mencegah, menyembuhkan dan baik kepada kesihatan seperti dapat mengatasi darah tinggi, batuk, sakit perut, demam, kencing manis, gout dan kanser. Bahagian tumbuhan yang paling banyak digunakan ialah daun diikuti oleh buah, batang, akar, pucuk, keseluruhan pokok, isi, bunga dan kulit. Cara penggunaan tumbuhan ubatan yang paling banyak diamalkan ialah dengan cara direbus kemudian diminum atau digunakan semasa mandi. Selain itu, tumbuhan juga digunakan dengan cara dijadikan ubat sapu sama ada ditumbuk sehingga lumat terlebih dahulu atau dilayur kemudian digunakan. Terdapat juga tumbuhan ubatan yang digunakan dengan cara dimakan begitu sahaja untuk mengatasi masalah kesihatan. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan terdapat empat langkah pemuliharaan tumbuhan ubatan yang dilakukan iaitu, tidak menebang tumbuhan ubatan secara suka hati, hanya mengambil bahagian tumbuhan ubatan yang diperlukan, menanam tumbuhan ubatan di halaman rumah dan mengurangkan penggunaan racun rumpai. Kajian ini adalah penting sebagai sumber pengetahuan dalam penggunaan tumbuhan sebagai ubatan selain bergantung kepada perubatan moden. Tambahan usaha pemuliharaan yang dilakukan akan menjadi pendorong kepada kelestarian alam. Kajian berkaitan tumbuhan ubatan akan menjadi asas kepada pemuliharaan warisan budaya dan alam sekitar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tumbuhan ubatan , Spesies tumbuhan , Kegunaan , Pemuliharaan , Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:31
Last Modified: 28 Mar 2023 14:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35266

Actions (login required)

View Item View Item