Aloysia Gisin (2022) Pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES.pdf Download (285kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian. Di antara objektif-objektifnya ialah mengkaji faktor-faktor pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian, mengenal pasti kesan pembelian atas talian terhadap pengaruh sosio ekonomi, mengenal pasti cabaran terhadap pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian dan mengkaji langkah bagi meningkatkan pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian. Fokus kepada pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian dalam kalangan masyarakat. Dimana, kajian ini dijalankan dengan mengambil kira demografi responden 2termasuklah perbezaan Jantina, umur, pekerjaan, pendapatan dan tempat tinggal bagi pendapatkan beberapa pandangan mereka terhadap objektif kajian yang dijalankan. Kajian yang telah dilaksanankan oleh pengkaji adalah dengan menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif. Dimana, pengkaji telah melakukan instrumen dengan borang soal selidik yang dibuat dan diedarkan kepada responden untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh kebergunaan dan kemudahgunaan bagi penjual dan pengguna, seramai 45 orang (56.3%) responden sangat bersetuju terhadap faktor-faktor pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian ini. Kesan pembelian atas talian terhadap pengaruh sosio ekonomi yang paling ramai dipersetujui oleh responden adalah lebih bebas menjual dan pelanggan bebas dalam membuat keputusan pembelian iaitu sebanyak 50 orang (62.5%) responden. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ramai di kalangan responden berpendapat bahawa cabaran utama terhadap pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian adalah taraf pendidikan yang rendah iaitu seramai 76 orang (95.0%) responden dan bagi langkah pula ramai responden yang berpendapat bahawa mendapatkan maklumat lanjut mengenai reputasi syarikat adalah langkah bagi meningkatkan pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian iaitu seramai 51 orang (63.8%) responden.. Kajian ini akan membandingkan dengan lebih jelas tentang pandangan masyarakat terhadap pengaruh sosio ekonomi terhadap pembelian atas talian.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Pengaruh sosio ekonomi , Pembelian atas talian , Faktor , Kesan , Cabaran , Cadangan langkah |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 28 Mar 2023 14:32 |
Last Modified: | 28 Mar 2023 14:32 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35267 |
Actions (login required)
View Item |