Cabaran dan inisiatif penjaja makanan dalam menyampaikan produk jualan kepada pengguna semasa pandemik covid-19 di Daerah Papar, Sabah

Dg Farinah To Mohd Fakhri To (2022) Cabaran dan inisiatif penjaja makanan dalam menyampaikan produk jualan kepada pengguna semasa pandemik covid-19 di Daerah Papar, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (373kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

COVID-19 ialah penyakit berjangkit yang berpunca daripada Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV-2). Pada 30 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa selepas kes baharu wabak tersebut merebak ke luar China termasuk Malaysia. Bagi mengawal penularan wabak ini, pelbagai sekatan telah dilaksanakan oleh pemerintah di kebanyakan negara. Di Malaysia sekatan-sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan serta penutupan sempadan negara telah dilakukan. Sekatan yang dilaksanakan dilihat sememangnya mampu mengawal penularan wabak tersebut. Namun, sekatan yang dilaksanakan mendatangkan kesan negatif terhadap kemampanan perniagaan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penutupan pelbagai sektor di seluruh negara termasuk di daerah Papar menyebabkan peniaga kecil dan penjaja menghadapi pelbagai kesukaran dalam menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji cabaran yang dihadapi oleh para penjaja di daerah Papar dalam menyampaikan produk jualan kepada pengguna semasa pandemik COVID-19. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti inisiatif-inisiatif yang diambil oleh penjaja di daerah Papar dalam menyampaian produk jualan mereka kepada pengguna semasa pandemik COVID-19. Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji mengaplikasikan pendekatan kuantitatif yang berasaskan kepada kaedah berbentuk tinjauan soal selidik yang melibatkan 50 orang penjaja makanan. Data soal selidik dianalisis dengan bantuan perisian IBM SPPS Statistics. Teknik analisis deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan nilai min digunakan bagi menjelaskan hasil dapatan kajian ini. Penemuan kajian ini menunjukkan penjaja makanan di daerah Papar menghadapi beberapa cabaran iaitu pengurangan stok jualan, norma masak di rumah, pemberhentian operasi, tapak jualan dan had waktu operasi. Kesemua cabaran tersebut mempunyai skor min yang tinggi kecuali tapak jualan yang mencatatkan skor min sederhana. Inisiatif yang diambil bagi menarik pengguna mendapatkan produk jualan mereka pula ialah dengan melakukan pengiklanan secara atas talian, peningkatan kualiti produk jualan, perkhidmatan penghantaran, potongan harga dan promosi. Kesemua inisiatif tersebut mencatatkan skor min yang tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan penjaja makanan di daerah Papar bersetuju bahawa mereka ada melakukan inisiatif-inisiatif tersebut. Oleh itu, dapatan kajian ini akan dapat membantu penyelidik akan datang yang berminat untuk melakukan kajian berkaitan dengan topik kajian ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Daerah Papar , Penjaja makanan , Cabaran , Penyampaian produk jualan , Inisiatif , Pengguna , Pandemik Covid-19
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5410-5417.5 Marketing. Distribution of products
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:35
Last Modified: 28 Mar 2023 14:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35296

Actions (login required)

View Item View Item