Kegunaan etlingera coccinea (tuhau) sebagai makanan tradisi masyarakat Dusun di Kampung Rancangan Belia, Sook, Keningau

Elnne Madatang (2022) Kegunaan etlingera coccinea (tuhau) sebagai makanan tradisi masyarakat Dusun di Kampung Rancangan Belia, Sook, Keningau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (307kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Satu kajian berkaitan dengan kegunaan Etlingera coccinea (tuhau) sebagai makanan tradisi masyarakat dusun telah dilakukan di kampung Rancangan Belia, Sook, Keningau. Kajian ini akan lebih tertumpu kepada spesies tumbuhan Etlingera coccinea atau lebih dikenali sebagai “tuhau” berdasarkan kepada kegunaannya dalam masyarakat dusun di lokasi kajian yang telah dipilih. Selain itu, kajian ini juga akan menjelaskan lebih lanjut tentang kaedah penggunaan Etlingera coccinea dan usaha komuniti dalam memulihara spesies tumbuhan ini agar tidak pupus atau dilupakan. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada kaedah temu bual dimana pengkaji akan menemubual responden di Kampung Rancangan Belia untuk mendapatkan maklumat yang dapat membantu pengkaji untuk menyelesaikan persoalan dalam penyelidikan ini. Pengkaji akan menggunakan kaedah naratif dalam menjelaskan dapatan yang telah diperolehi dalam penyelidikan ini. Hasil akhir kajian ini akan menunjukkan tuhau mempunyai pelbagai kegunaan dalam masyarakat dusun di Kampung Rancangan Belia Sook, Keningau dimana penggunaan sepsies tumbuhan ini lebih banyak digunakan dalam penambah sajian masakan seterusnya usaha masyarakat jelas untuk memulihara tumbuhan ini kerana penerimaan tuhau dalam masyarakat di kampung ini sangat besar dan disukai ramai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Etlingera coccinea , Tuhau , Makanan tradisi , Dusun , Keningau
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Mar 2023 12:27
Last Modified: 30 Mar 2023 12:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35298

Actions (login required)

View Item View Item