Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keinginan graduan untuk bekerja sendiri

Mohd Azmin Johari (2022) Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keinginan graduan untuk bekerja sendiri. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (523kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keinginan graduan untuk bekerja sendiri. Kajian ini akan melihat tahap keinginan graduan untuk menceburi bidang pekerjaan sendiri. Seterusnya, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi graduan untuk bekerja sendiri yang terdiri daripada faktor latar belakang, motivasi, sikap, kemahiran dan teknologi. Ia dilakukan untuk melihat faktor-faktor apakah yang akan menpengaruhi tahap keinginan graduan itu untuk bekerja sendiri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 354 responden dalam kalangan graduan di IPT awam dan swasta di Kota Kinabalu, Sabah yang mempunyai keinginan dan minat untuk bekerja sendiri bagi menjawab borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan menggunakan pautan Google Form kepada 354 responden secara rawak melalui media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Telegram, dan Instagram pengkaji. Data yang diperoleh melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan SPSS versi 28. Berdasarkan analisis deskriptif yang dilakukan, faktor-faktor yang mempengaruhi graduan untuk bekerja sendiri adalah pada tahap yang tinggi, manakala tahap keinginan graduan untuk bekerja sendiri juga pada tahap yang tinggi. Selain itu, analisis kolerasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi dan tahap keinginan graduan untuk bekerja sendiri dengan mencatatkan nilai kolerasi yang tinggi. Bagi analisis regresi pelbagai pula telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang signifikan terhadap tahap keinginan graduan untuk bekerja sendiri. Oleh itu, hipotesis kajian iaitu (H3) sikap, (H4) kemahiran dan (H5) teknologi adalah diterima yang mana wujud hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keinginan graduan untuk bekerja sendiri.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Faktor-faktor mempengaruhi , Tahap keinginan , Graduan , Bekerja sendiri
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3602-3640 School life. Student manners and customs
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:23
Last Modified: 05 Apr 2023 09:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35325

Actions (login required)

View Item View Item