Galakan dan dorongan pekerja bawah umur: Kajian kes restoran terpilih di Sandakan

Farah Nur Fadhilah Amran (2022) Galakan dan dorongan pekerja bawah umur: Kajian kes restoran terpilih di Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (285kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat faktor-faktor penglibatan pekerja bawah umur yang bekerja di restoran sekitar kawasan Batu 7 Sandakan, Sabah serta bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan keutamaan pekerja bawah umur tersebut akan gaji yang diterima oleh mereka. Kajian ini dilakukan di kawasan Batu 7 Sandakan yang mana kajian ini melibatkan seramai empat orang informan. Bagi memudahkan kajian ini, pendekatan kajian yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dengan bersertakan persampelan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada informan dengan lebih khusus dan tepat. Pengkaji menggunakan teknik temubual untuk mendapatkan data. Kemudian, data akan dianalisis dengan ditranskripkan dari alat perakam suara kepada ayat yang berbentuk akademik. Hasil data yang diperoleh menunjukkan bahawa faktor penglibatan pekerja bawah umur adalah disebabkan oleh faktor ekonomi, politik, dan sosial. Manakala keutamaan gaji yang diterima oleh informan dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu keutamaan untuk diri sendiri, keutamaan untuk ibu bapa, dan keutamaan untuk keluarga.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pekerja bawah umur , Restoran , Faktor penglibatan , Keutamaan gaji
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6050-6305 Classes of labor Including women, children, students, middle-aged and older persons, minorities
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:39
Last Modified: 05 Apr 2023 09:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35326

Actions (login required)

View Item View Item