Strategi dan teknik pengamal perhubungan awam dalam pengurusan krisis banjir di Sabah

Har Sook Wai (2022) Strategi dan teknik pengamal perhubungan awam dalam pengurusan krisis banjir di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (630kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Perhubungan awam merupakan aktiviti pengurusan komunikasi yang melibatkan dalaman dan luaran organisasi yang bertujuan untuk membentuk serta mengekalkan imej dan identiti yang positif, khususnya ketika krisis melanda. Pengamal perhubungan awam bagi sesebuah organisasi merangkumi pengurusan isu atau krisis yang melibatkan kepentingan organisasinya. Kebelakang ini, Malaysia khususnya di Sabah telah berlaku krisis banjir. Krisis banjir berlaku akibat daripada hujan lebat berterusan yang melanda di kawasan pantai timur dan pendalaman. Situasi banjir yang tidak pulih ini telah membimbangkan penduduk di Sabah. Oleh itu, pengamal perhubungan awam memainkan peranan yang penting dalam pengurusan krisis banjir. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti proses yang akan dijalankan oleh pengamal perhubungan awam semasa krisis banjir termasuk dua lagi objektif khusus; (1) untuk mengenal pasti teknik pengamal perhubungan awam dalam pengurusan krisis banjir (2) untuk mengenal pasti kepentingan sensemaking dalam mempengaruhi Kitaran Perlakuan Komunikasi (Communication-behavior cycle). Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Responden merupakan penduduk di Sabah dan pengumpulan data dilakukan secara soal selidik. Kajian ini menggunakan Situational Crisis Communication Theory (SCCT) sebagai kerangka teoritikal untuk memahafami pengurusan krisis.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Perhubungan awam , Banjir , Sabah
Subjects: T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering > TC1-978 Hydraulic engineering > TC530-537 River protective works. Regulation. Flood control
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 May 2023 09:34
Last Modified: 03 May 2023 09:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35363

Actions (login required)

View Item View Item