Kajian peranan & penerimaan media ketika pandemik covid-19: Kajian kes pelajar Universiti Malaysia Sabah

Mohamad Nur Ariff Nasseem Mohd Murad (2022) Kajian peranan & penerimaan media ketika pandemik covid-19: Kajian kes pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (553kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini ingin melihat peranan dan penerimaan media ketika pandemik Covid-19 oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini mempunyai tiga persoalan kajian iaitu yang pertama (1) Apakah tahap penggunaan media ketika pandemik Covid-19 oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah; kedua (2) Apakah peranan media dalam kehidupan pelajar Universiti Malaysia Sabah dan ketiga (3) Bagaimana hubungan antara penggunaan media dan kesedaran pelajar Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini akan menggunakan pendekatan Teori Kegunaan dan Kepuasan untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji. Kajian ini juga akan menggunakan kaedah kajian kuantitatif untuk memastikan persoalan kajian dapat dijawab dengan baik sekali gus pengkaji akan mengedarkan boring soal selidik kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah secara atas talian. Oleh hal yang demikian, dengan menggunakan pendekatan ini maka segala persoalan kajian dapat dijawab dan dianalisis berdasarkan kepada data yang diperolehi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Peranan, Penerimaan, Media, Pandemik , Covid-19
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Apr 2023 15:09
Last Modified: 14 Apr 2023 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35372

Actions (login required)

View Item View Item